Al-Fatihah
Kembalinya Mazuwi Mohamad ke rahmatullah (Bestfriend Hubby).
Masa tu pukul 2.00 pagi, aku dah tidur,
hanya terjaga bila terdengar ringtone dari handphone hubby disusuli dengan suara teresak-esak dari dapur.
Masa tu dah terdetik mesti ada berita buruk yang dia terima,
sebab hubby paling susah nak nangis.
Aku faham, mesti perasaan kehilangan tu ade jika yang meninggalkan kita tu adalah tempat kite mencurah perasaan,
orang yang sanggup susah senang bersama.
Aku bagi semangat kat hubby:
Aku bagi semangat kat hubby:
"Awak kena sabar, ingat sebagai hamba Allah kita mesti terima setiap yang hidup itu pasti akan mati".
Dua sahabat maut selepas pulang dari Festival Belia
27 Mei 2013
KUANTAN - Kegembiraan lima sahabat dalam konvoi lima motosikal yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Festival Belia Putrajaya 2013 bertukar tragedi apabila dua daripadanya terbunuh selepas motosikal mereka merempuh sebuah lori di Kilometer 98, Jalan Lipis-Merapoh, sempadan Gua Musang, Kelantan, malam semalam.
Dalam kejadian 10.15 malam itu, mangsa, Muhamad Jailani Abdul Rashid, 32, yang bekerja di Jabatan Penilaian, Kota Baharu, Kelantan disahkan meninggal dunia pada 11.20 malam tadi, manakala Mazuwi Muhammad, 31, bekerja di sebuah bank di Wakaf Siku, Kelantan meninggal dunia pada pukul 12.20 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kedua-dua sahabat terbabit meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) selepas mengalami kecederaan dalaman serta kepala.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu lori berusia 26 tahun, yang membawa muatan pelbagai jenis barangan, dalam perjalanan menghala ke Shah Alam, Selangor dari Kota Bharu mendakwa terpaksa mengelak sebuah kereta di depannya sejurus menuruni bukit.
Bagaimanapun, disebabkan permukaan jalan licin kerana hujan lebat menyebabkan kenderaan berat berkenaan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum berhenti melintang di tengah jalan.
"Pada masa sama, lima sahabat terbabit yang datang dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang kenderaan berat itu menyebabkan kelima-lima mangsa tercampak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, bagaimanapun, tiga lagi rakan mangsa iaitu Halini Mohd Nor, 29, masih mendapat rawatan di Hospital Kuala Krai, Kelantan akibat parah di kepala, manakala Ahmad Razak Darus, 26, dan Rafizi Ramli, 31, mengalami kecederaan ringan namun masih mendapat rawatan di HGM. - Bernama.
Arwah berbaju biru dan kuning.
AL-FATIHAH
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ[1]
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ[2]
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ[3]
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ[4]
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ[5]
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ[6]
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ[7]
AMIN...
"Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman".