Hari ini adalah hari untuk menepati janji.
Janji-janji manis yang pernah ditabur untuk review breastpump.
Setelah puas research, gugel, tanya member, istikarah (tipu je) maka terbelilah lacte duet breastpump.
First time rasa berbaloi gila beli barang.
Kalau tak arini beli, sebulan dua let go.
Membazir je keje.
Inilah rupa lacte duet yang banyak berjasa.
Yang membantu diriku merealisasikan impian untuk bf Qasyah.
Kenapa bertukar dari Spectra 3 ke Lacte duet?
Dulu masa guna spectra 3, bila pam susu tu rasa perit sangat.
Kalau susu xkluar lagi rasa sakit.
Mungkin aku dalam kategori sensitive nipple ataupun kategori mengada-gada taik kuda..hehe
So, penyelesaiannya kena cari breastpump yang breastshieldnya lembut.
Bila survey jumpalah lacte duet.
Mempunyai silicon breastshield.
Best sangat.
Time pam langsung xrasa sakit.
5 bintang untuk breastshield!
Satu lagi sebab spectra 3 motor dia ya ampun besar sangat.
Aku pun pening pikir kenapa boleh beli dulu.
Compare ngan lacte duet beza sangat.
Boleh angkat sebelah tangan je.
Pam ni ada 2 motor.
Satu belah kiri satu belah kanan.
Kalau nak guna sebagai single pam just disable yang sebelah lagi.
Bila turn on motor, 1 minit pertama stimulation mode.
Stimulation mode ni penting untuk merangsang pengeluaran susu.
Kira macam mengurutlah. Spectra 3 xde function ni.
1 minit seterusnya akan bertukar kepada expression mode.
Kalau kita nak stay lagi kepada stimulation mode just tekan je butang gambar air tu.
Contoh kalau guna single pam untuk belah kanan sahaja.
Just tekan butang D kemudian R.
Macam gear kereta plak.
D Drive R Reverse..haha
Ok ada yang tanya bunyi motor lacte duet kuat tak?
Aku dkt ofis pam di meja je k..
Kau rasa??
Mestilah senyap kan.
Orang sekeliling tak tahu pun apa aku sedang buat.
Magik tak??
Satu lagi soalan, banyak part tak yang kena basuh?
Boleh tahan la banyak..hehe
Tapi ok la sebab pam ni best.
Kekurangan tang malas basuh tu xefek pun bagi aku.
Antara komponen-komponen lacte duet.
Komponen-komponen ni kalau hilang kita boleh beli tak silap dekat pumponthego ada jual.
Apa yang dapat disimpulkan sudah tersimpul rapi iaitu best sangat guna pam ni.
Aku dah hasut geng2 bf untuk beli pam ni.
Setakat ni terkumpul dah 4 orang terhasut..hahaha.
Harap entri kali ni membantu bf mommy di luar sana yang masih mencari breastpump.
Masalah aku sekarang kesuntukan masa nak pam.
Adakah fremie cup untuk selesaikannya??Hahaha
Manusia tidak pernah puas kan??