Bukan mengeluh bukan tak bersyukur,
tapi varicose vein amatlah menyakitkan.
Hanya yang pernah alami tahu bagaimana peritnya.
Aku perasan wujudnya varicose vein ni masa kandungan 24 minggu.
Masa tu tak teruk lagi.
Masuk je kandungan 30 minggu makin teruk.
Heran juga dulu masa peknen Qaseh xde pun masalah ni.
Yang second ni kena pulak.
Allah pilih aku tergolong dalam 4% ibu hamil yang mengalami varicose vein.
Kalau dipikir memang stress tapi buat rilek je.
Rilek2 lagi 69 hari je lagi.
Hasil pencarian kat gugel, katanya masalah ini wujud kerana plasenta dan uterus menekan salur darah. Tekanan yang diterima menyebabkan darah sukar kembali ke jantung.
Bahagian badan yang ada varicose vein ni membengkak.
Bukan setakat bengkak kadang-kadang tu gatal.
Bayangkanlah betapa sakitnya..huhuhu...
Yang paling takut,
semasa proses meneran mungkin akan berlaku pendarahan yang banyak akibat varicose vein ni..
Nauzubillah..
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Aku pegang kata-kata mak mertua,
Dia selalu bagi semangat,
Dia cakap "Bersalin ni jihad, satu pengorbanan, pahala yang tak terkira"...
Sebab tu aku bersemangat.
Demimu anak ibu sabar.....
Kalau awak baca nanti harap insafla ye..hehe.
Jangan menderhaka kat ibu..
4 comments:
kemmah kemming ayat pompom girl dari cek. tibo2 sayo pun sero semangat nok beranok. hehe...
Cek semangat sokmo bim.byk ayt selusuh dio bg.nt sy post sini pah awk pn blh amal jgkla nt.
Besar sekali pengorbanan ibu mengandung. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga beroleh rahmat Allah dan dikurniakan anak yang soleh.
aminn...
Post a Comment