Warna merah dari belah lelaki untuk pengantin perempuan.
Aku ngan adik ipar, satu satunya adik perempuan.
Malamnya pula pukul 8.30 kami gerak ke Dewan Perbandaran Seremban. Majlis bersanding buat kat sana.
Selamat pengantin baru buat Ijam dan Fifi.
Akak doakan semoga korang bahagia sehingga ke hujung nyawa.
Rajin2lah balik Kota Bharu ek lepas ni.
Abah, mak mertua, akak ipar, anak buah, Qaseh dan adik.
Sapela yg snap gambar ni, aku macam mamai der.
Sabotaj ke ape.
Lepas tu kita makan.
Walaupun menu xberapa ngam dengan tekak kita layankan sajo.
Aku kalau makan kenduri perkara pertama nak ngap kerabu sare..
Oh dapnye...
Kat sini manala ade kan..
Diriku yang kelihatan soos selepas makan.
Kek pengantin.
Tapi tengok saje ye.
Gambar terakhir bersama pengantin sebelum balik ke rumah.
Walaupun letih tapi happy sebab semua orang happy giteww.
Especially abah mertua la nampak happy sangat maybe sebab dapat menantu baru la teww..
Menantu lama ni janganlah dilupa ye dok??
Sekian liputan di majlis kahwin adik Ijam dan Fifi.
Selamat melayari alam rumah tangga.
“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”