Syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur.
Separuh perjalanan sudah ditempuhi, tinggal separuh lagi untuk bertemu bulan yang mulia RAMADHAN.
Separuh perjalanan sudah ditempuhi, tinggal separuh lagi untuk bertemu bulan yang mulia RAMADHAN.
Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Sya'ban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Antara Amalan Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
- Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
- Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
- Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.
Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Rasulullah SAW bersabda : maksudnya
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.
Sama-samalah kita menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan beramal ibadat, semoga segala amalan kita diterima olehNya..Aminn.
No comments:
Post a Comment