Thursday, 27 June 2013

Puteri Saadong


Gunung Chinta Wangsa yang kini dikenali sebagai Gunung Ayam.

Aku pernah naik ke Gunung Stong.
(Entri yang belum berjaya dipublish)
Gunung Ayam belum ku mampu.
Bayangkanlah untuk ke Gunung Stong pun dah sejam lebih.
Tapi aku teringin ke sana bila hubby selalu bercerita ada 'sesuatu' yang mendamaikan bila dia ke sana.
'Sesuatu' yang aku rasa nak rasai sendiri apa itu.

Aku nak share kisah Puteri Saadong.
Nama je asal Kelantan, tapi kalau orang tanya siapa dia? krohhhh...krohhhh.

Marilah kita sama-sama baca.
Awas!!entri agak panjang..hehehe

~Bahagian Satu~

Berapa ramai antara kita yang mengetahui akan nama lama bagi negeri Kelantan Darul Naim? Pernahkah anda mendengar Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong? Nama yang menggambarkan akan sebuah kerajaan yang terlalu indah, dikelilingi gunung dan banjaran, serta kawasan lembah yang dipenuhi bunga-bungaan yang pelbagai bentuk dan rupa. Cerang Tegayong pula memberi makna cahaya yang menyimbahi di celahan dedauan pohon tegayong. Begitulah keindahan yang digambarkan melalui nama lama itu
Demikianlah juga akan gambaran pemerintahnya, Chik Siti Wan Kembang, juga dikenali juga Paduka Chik Siti. Satu satunya Raja Perempuan yang sangat dikenali demi kewibawaan baginda, keadilan yang menjadi teras pemerintahannya, kebijaksaan serta keperwiraan baginda walaupun baginda adalah seorang wanita, menjadikan nama Paduka Chik Siti begitu gah dan melata tersebar akan kisahnya di serata rantau Nusantara, dan kerajaannya yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa dipenuhi rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Berikut kerana itu, terdapat cerita orang, pedagang-pedagang yang datang berdagang ke Kelantan, enggan untuk meninggalkan negeri itu, hingga sanggup menenggelamkan kapal masing-masing untuk dijadikan alasan supaya dapat terus kekal di Kelantan. Demikianlah diceritakan orang....

Tersebut pula akan sebuah kerajaan yang berjiran dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga itu, bernama Jembal, terletak di bahagian timur lautnya. Yang mana pada ketika itu dalam tahun 1638 Masehi, Raja Besar telah menyerahkan takhta kepada anakandanya, Raja Sakti dan Raja Sakti dikurniakan tujuh orang putera-puteri, iaitu Raja Adiluddin (yang lebih dikenali dengan nama Raja Loyar), Raja Bahar (Raja Udang), Raja Omar (Raja Ekok), Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor (nama timang-timangannya Nang Rogayah) dan Puteri Cempaka Bongsu. Mengikut buku Abdullah Nakula, Raja Sakti terkenal dengan panggilan Raja Vijaya Indera atau Long Betong.

Setelah Raja Sakti merasa dirinya sudah tua dan putera-puteri baginda meningkat dewasa Raja Sakti telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada mereka semua. Pada tahun 1649 M, Raja Loyar ditabalkan sebagai raja yang memerintah kerajaan Jembal. Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung. Setelah menyerah semua pemerintahan Kerajaan Jembal, maka baginda Raja Sakti pun mengadakan "Istiadat Bersiram" di pinggir Sungai Babong, yang mana keramaiannya berlangsung selama 7 hari 7 malam, setelah sampai malam ke-7 maka baginda Raja Sakti dan Puteri Mani Kemeyan pun "ghaib" dan tidak diketahui riwayatnya sehingga hari ini. Raja Loyar sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat jelata dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah lembut, halus tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri baginda terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah seorang yang "keramat".

Hubungan baik terjalin antara kerajaan Jembal dan Kelantan sementelah Kelantan sebuah kerajaan yang gagah perkasa. Perutusan senantiasa bertukar tangan demi perhubungan yang baik itu hinggalah dibawah pemerintahan Raja Loyar yang menggantikan ayahandanya. Raja Loyar telah dikurniakan dua cahaya mata yang mana, seorang lelaki dinamakan Raja Sakti, demi mengenangkan nendanya tapi malang telah mangkat ketika masih kecil, dan kedua pula seorang perempuan dinamakan Puteri Mariam, yang mana lebih dikenali sebagai Puteri Saadong. Paduka Chik Siti yang amat tertarik dengan perilaku dan rupa Puteri Saadong itu telah berhasrat untuk mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkatnya dan juga bakal pewaris takhta, kerana Paduka Chik Siti itu tidaklah bersuami dan tidak mempunyai sebarang anak . Hasrat itu disuarakan kepada Raja Loyar dan seakan seribu rahmat, hajat Paduka Chik Siti diperkenankan oleh Raja Loyar. Puteri Saadong dan Paduka Chik Siti pun berangkat pulang ke Gunung Chinta Wangsa dan bersemayam disana. Sebagai tanda kasih sayang seorang ibu, Paduka Chik Siti memerintahkan para pembesar dan hulubalang mendapatkan dua ekor kijang untuk dijadikan belaan dan teman permainan Puteri Saadong dan dari situlah menjadi lambang pada jata negeri Kelantan yang kekal hingga ke hari ini.

Puteri Saadong membesar, dididik dan diasuh dengan penuh limpahan kasih sayang dari bondanya dan sebagai bakal pewaris takhta. Selain dari itu kejelitaan rupa paras membawa kepadanya gelaran Puteri Wijaya Mala dan kerana itu jugalah nama Puteri Saadong sangat-sangat terkenal, seperti bondanya, Paduka Chik Siti. Kecantikan Puteri Saadong ini termasyhur ke seluruh negeri sehingga sampai ke pengetahuan Maharaja Siam iaitu Raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia. Baginda telah menghantar utusan ke Jembal untuk meminang Puteri Saadong. Setelah Raja Loyar berbincang dengan Paduka Chik Siti, maka pinangan Raja Siam itu telah ditolak. Setelah rombongan Siam itu kembali, baginda Raja Loyar dan Cik Siti Wan Kembang berserta pembesar-pembesar telah bermesyuarat untuk mengahwinkan Puteri Saadong dengan sepupunya Raja Abdullah iaitu anakanda Raja Bahar.

~Bahagian Dua~

Maka, berlangsunglah istiadat perkahwinan Puteri Saadong dan Raja Abdullah di Gunung Chinta Wangsa dengan penuh kemeriahan dan temasya yang berlangsung berpuluh-puluh hari lamanya. Kemeriahan itu disambut indah dan penuh takzim oleh sekelian rakyat jelata yang merupakan satu anugerah yang penuh rahmat bagi seluruh Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga serta juga Kerajaan Jembal. Semua hamba rakyat juga dapat melihat akan Puteri Saadong yang bakal mewarisi pemerintahan bondanya, Chik Siti Wan Kembang menjadi seorang pemerintah yang adil dan saksama dan moga Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga terus kekal sebagai sebuah kerajaan yang agung, aman dan sentosa. Namun itu hanyalah satu tanggapan...sesungguhnya mereka terlupa tentang seseorang yang sedang memendam perasaan....

Setelah berberapa ketika selepas perkahwinan antara Puteri Saadong dan Raja Abdullah, Paduka Chik Siti mengambil keputusan untuk terus menyerahkan takhta yang sekelian lamanya baginda duduki, diambil alih oleh puteri kesayangannya itu. Setelah selesai istiadat pertabalan Puteri Saadong dan Raja Abdullah sebagai pemerintah Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga yang baru, baginda berdua berpendapat untuk membuka pusat pemerintahan yang baru dan mereka melihat sebuah tempat yang terletak di hilir negeri Kelantan sebuah tempat yang sesuai. Dan kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin, namun bagi Paduka Chik Siti, baginda mahu terus menetap di Gunung Chinta Wangsa kerana baginya, disitulah tempat yang lebih sesuai bagi dirinya. Disini baginda mahu mengasingkan diri, mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri dengan amal ibadat kepada Allah Taala. Dan disinilah, Paduka Chik Siti yang ketika itu telah menjangkau usia senjanya, telah jatuh gering dan setelah berberapa lama, Paduka Chik Siti pun mangkat, menjadi satu berita yang amat menyedihkan bagi seluruh negeri Kelantan: sesungguhnya mereka kehilangan seorang pemerintah yang sangat sukar untuk dicari ganti. Dikatakan baginda telah dimakamkan di Kampung Banggol yang terletak tidak jauh dari Kota Bahru, ibu negeri Kelantan sekarang.

Maka pemerintahan Puteri Saadong pun bermula dan baginda memang seorang pemerintah yang seperti yang diharapkan oleh sekelian rakyat Kelantan. Dengan sebolehnya, baginda meneruskan sifat dan ciri almarhum bondanya, Paduka Chik Siti; seorang pemerintah yang adil dan saksama. Namun, keamanan itu bakal berakhir tidak lama lagi...

Raja Siam yang pernah kecewa akibat gagal memiliki Puteri Saadong, kini amat murka apabila menerima khabar bahawa puteri idamannya itu kini dimiliki oleh Raja Abdullah. Dan kemarahan itu tidak berakhir disitu. Raja Siam telah membentuk sebuah angkatan tentera yang besar untuk menyerang negeri Kelantan dan satu tujuan yang nyata, iaitu memiliki Puteri Saadong! Padanya, puteri itu hanya layak untuk dimiliki olehnya, bukan lelaki lain. Berita akan serangan yang bakal berlaku itu sampai ke pengetahuan Raja Abdullah dan baginda mengambil keputusan untuk meninggalkan Kota Jelasin dan menuju ke daerah Melor dan disini baginda membuka penempatan yang baru dinamakan Kota Mahligai. Namun, apalah kudrat itu jika dibandingkan dengan keupayaan tentera Raja Siam yang besar dan terkenal dengan kehandalannya. Tindak tanduk Raja Abdullah dapat dihidu oleh Raja Siam dan Kota Mahligai telah diserang dengan dasyat. Kemusnahan dan kehancuran merebak dengan meluas, kematian berlaku dimana-mana.

Puteri Saadong yang melihat akan kehancuran kerajaannya itu berasa amat kecewa, tambahan pula baginda merasakan dirinya seaakan gagal untuk menjaga amanat dari paduka bondanya, Paduka Chik Siti. Baginda mahu melihat kemusnahan ini berhenti serta merta dan tidak mahu, kerana dirinya, Kerajaan tanah Serendah Sekebun Bunga yang menanggung akibat. Baginda tahu, satu keputusan segera perlu dibuat, meskipun itu bakal mengorbankan dirinya.

Biarlah dirinya dimiliki oleh Raja Siam, asalkan rakyat jelata tidak terus menerima akibat! Raja Abdullah amat kecewa dengan keputusan isterinya tetapi baginda juga sedar, itu adalah demi masa depan kerajaan dan rakyat jelata. Niat Raja Siam menyerang Kelantan cuma satu, iaitu memiliki Puteri Saadong, jadi, dari terus menerima azab, biarkanlah Raja Siam itu mendapat apa yang dihajatinya. Tapi sumpah dan janji Puteri Saadong pada suaminya, Raja Abdullah, walau apa pun, Raja Siam itu hanya mampu memiliki tubuhnya, tapi tidak cinta dan hatinya. Dan demi itu juga, Puteri Saadong juga berjanji, pada suatu hari nanti, Puteri Saadong akan tetap kembali kepada Raja Abdullah. Meskipun berat bagi Raja Abdullah, itulah satu-satunya jalan yang terbaik....

~Bahagian Tiga~

Sebaik sahaja Puteri Saadong menawarkan diri untuk dimiliki oleh Raja Siam, serangan keatas Kota Mahligai dihentikan serta merta...masakan tidak hajat dan tujuan yang terpendam dan impian yang disangka telah terkubur kini termakbul. Sebuah angkatan besar ditubuhkan seakan sebuah angkatan perkahwinan, bersertakan gajah kenaikan besar membawa Puteri Saadong meninggalkan tanah Kelantan menuju pulang ke Siam. Diatas gajah itu Puteri saadong melemparkan pandangan kearah tanah tercinta demi korban serta kasih sayang terhadap rakyat jelata dan tentu khususnya kepada suami yang amat dicintainya, Raja Abdullah. Namun sumpah dan janjinya pemergiannya ke Siam bukanlah untuk selamanya tetapi baginda tetap akan kembali...itu janjinya.

Di Siam, setiap saat dan masa Puteri Saadong bermohon kepada Tuhan Yang Maha Esa agar dipeliharakan dirinya dari nafsu serakah Raja Siam yang tidak putus harap dan sentiasa mencari jalan untuk meraikan kejayaan menawan "kemenangannya" di Kota Mahligai. Kesuciannya hanya untuk dinikmati suami tercinta yang telah ditinggal jauh di Kelantan tetapi tanpa penat dan serik Raja Siam tetap cuba utnuk merampasnya dari Puteri Saadong.

Dan hinggalah pada satu peristiwa, nekad Raja Siam yang durjana itu membawa padah pada diri sendiri. Berkat ilmu yang diperturunkan serta diwarisi dari paduka bonda yang tercinta Almarhum Chik Siti Wan Kembang dan juga berkat doa yang tak putus jemu dipanjatkan kepada Allah Azzawajala, sewaktu Raja Siam sedang cuba meniduri puteri jelita itu, serta merta Raja Siam diserang penyakit sopak dan gatal-gatal yang melampau hingga menyebabkan kulitnya berdarah dan bernanah. Serta merta Raja itu meninggalkan kamar tempat baginda menawan Puteri Saadong.

Keadaan berlanjutan hingga Raja Siam itu terpaksa membawa perkara itu kepda nujum istana yang mana nujum telah membawa kesimpulan yang amat sukar untuk diterima. Kerana Daulat yang kukuh terpelihara pada diri Puteri Saadong, mengakibatkan punca penyakit yang sedang galak mengembang di badan Raja Siam itu. Hanya satu cara sahaja yang dapat menghentikan bencana itu iaitu dapatkan air basuhan kaki puteri itu dan ia akan menjada penawar pada racun yang sedang merebak.

Kepastian itu amat sukar untuk ditelan oleh Raja Siam, namun keadaan dirinya yang sangat darurat hinggakan baginda berasa malu untuk keluar menjalankan urusan negara akhirnya terpaksa menerima hakikat dia terpaksa menunduk kalah pada tawanannya. Pujuk demi pujuk, rayu demi rayu akhirnya Puteri Saadong akur tapi dengan bersyarat. Tinggalnya di Siam akan tamat setelah dia menyerahkan air basuhan kaki tersebut dan Puteri Saadong minta agar dihantar pulang ke Kota Mahligai, demi baginda terlalu rindukan tanah tempat tumpah darahnya dan yang paling penting mengotakan janji pada suami tercinta Raja Abdullah yang telah ditinggalkan setelah sekian lama.

Janji dikota dan Puteri saadong dihantar pulang ke Kota Mahligai. Tiada yang dirasa oleh puteri itu selain rasa syukur yang tinggi dan peluang untuk baginda melepaskan rindu nan membuak bakal termakbul. Impian untuk mengotakan janji kepada Raja Abdullah bukan lagi sekadar mimpi yang menghantui tidurnya setiap malam selama baginda terseksa di Siam. Namun siapalah kita manusia yang serba lemah jika dibandingkan dengan takdir Tuhan yang telah tertulis....

Bayangkan rasa yang bercambah dihati seandainya kepulangan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh sang suami, sebaliknya melihat suami yang dirindui telah mengambil langkah untuk berpaling dari janji. Patah hati Puteri Saadong melihat Raja Abdullah berada diatas singgahsana bersama isteri baru, Puteri Rokiah anak kepada Penghulu Ngah Jembal. Berlaku pertengkaran yang dasyat antara suami isteri itu dan akibat dari gagal menahan rasa amarah dan cemburu lantaran rasa diri dikhianati, Puteri Saadong mencabut pacak sanggul emas lantas menusuk ke perut suaminya. Lantas Raja Abdullah terjelepok jatuh di kaki tangga singgahsana kaku tidak bernyawa. Puteri Saadong lantas sedar dari lamunan rasa amarahnya namun apakan daya, perkara yang telah berlaku tidak lagi boleh ditarik balik.

Menyesali dan bertaubat atas ketelanjurannya, Puteri Saadong telah turun dari takhta kerajaan Kota Mahligai dan menyerahkannya kepada adinda kepada Almarhum Raja Abdullah, Raja Abdul Karim. Sementelah itu Puteri Saadong telah membawa diri meninggalkan Kota Mahligai dan menuju kearah Gunung Chinta Wangsa tempat persemayaman almarhum bondanya untuk mengasingkan diri dan menyerahkan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa. Dan semenjak dari itu tiadalah lagi khabar diketahui tentang puteri jelita yang pernah menggugat keagungan kuasa seorang Raja dan juga yang amat dicintai oleh hambanya...Demikianlah diceritakan orang....


Monday, 24 June 2013

Bahaya Ke Jerebu?

Pagi ni dongak ke langit, sah 'dia' dah tiba
Ya, jerebu dah tiba di Kota Bharu
Harap-harap tidaklah bertambah teruk seperti yang melanda Muar dan Ledang yang telahpun diisyhtiharkan darurat.


Semalam bila sampai rumah tengok jiran sedang bakar sampah
Dengan muka bajet pembersih saaangaaattttt
Siap perli-perli lagi cakap tak boleh tengok halaman kotor, 
rimas katanya.

Ya, aku pun rimas..
Tapi lagi rimasss bila udara kotor.
Tak boleh hirup udara segar.
Aku rela kutip sampah tu masuk dalam plastik dari jadi pembersih macam kamu..
huhhhh..krohhhhhh..krohh...
Tak tengok tv kot..
Orang heboh jerebu dia rilek je 
Memangla asap secoet yang kamu buat tu xderlah efek sangat
tapi kalau 10 orang macam kamu???

Kenapa kita perlu takut dengan jerebu?
Sebab efeknya:

-Kesukaran untuk bernafas
-Serangan jantung
-Gatal–gatal pada tekak
-Gatal–gatal pada mata
-Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
-Gatal–gatal pada kulit

Saper yang berisiko dapat kesan kesihatan?

Kanak-kanak dan warga emas.

Caner nak cegah penyakit akibat jerebu?

-Pakai mask
lantaklah orang nak panggil ko doktor haiwan ke

-Jangan duduk dekat dengan perokok
nanti aku nak cakap kat hubby "Hantar saya umah mak"...hahaha

-Kurangkan aktiviti luar
Shopping pun aktiviti luar ek??

-Banyakkan minum air masak.

Sepertimana yang kita tahu, jerebu kali ini berpunca dari kebakaran tanah gambut di Wilayah Riau, Indonesia.
Harap-harap negara jiran kita cepat-cepat atasi masalah jerebu ni.

Kita hanya mampu berdoa supaya Allah turunkan hujan dalam masa terdekat ni.
Apa-apa pun setiap ujian yang Allah turunkan itu ada hikmahnya..
Jangan merungut...Ya Allah...

Sunday, 23 June 2013

Nisfu Syaaban


Syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur.
Separuh perjalanan sudah ditempuhi, tinggal separuh lagi untuk bertemu bulan yang mulia RAMADHAN.

Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Sya'ban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Antara Amalan Nisfu Syaaban 

1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
  • Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
  • Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
  • Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
2. Melakukan Qiamullail.

3. Berpuasa pada siang harinya.

Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Rasulullah SAW bersabda : maksudnya

“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.

Sama-samalah kita menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan beramal ibadat, semoga segala amalan kita diterima olehNya..Aminn.

Bedak Talkum Bahaya?


Sumber: Berita harian.

Kesian kat Qaseh.
Mintak2 dijauhkan dari segala penyakit.
Memang rutin aku la letak bedak talkum kalau nak pakaikan diapers.

Betul ke tidak belum pasti, 
tapi mencegah itu lebih baik kan...
Habis tu nak letak ape pasni??

Tuesday, 18 June 2013

Biskut Raya Is Coming

Biaselakan dekat-dekat nak masuk bulan puasa ni 
kalau kat ofis jenuh nak kena try
Tetiba jer ramai usahawan biskut raya
Tapi best jugak kan
Even dalam hati dah nekad tak nak tempah, 
tapi still try lepas seketul seketul, 
Eh yang ni nampak sedap, pastu try yang lain plak,
jahat kan...muahahaha

Kalau tahun-tahun sebelum memangla oder je kejenye
Tapi bila dipikir2 balik xberbaloi wehh beli biskut sampai beratus ringgit tapi bila dapat sikit jer

Tetiba datang keinsafan dalam diri aku
Kan ker lagi bagus kalau buat sendiri je
Mesti dapat banyak dari dok oder RM38/50 biji tu kan
Masalahnya pandai ker aku nak buat?hehe
Belum cuba belum tahu kan

Che Ta dah terbayang2 kuih yg bakal Che Ta buat nantiii


Macaron


Almond London


Tat Nenas


Popia Nestum


Biskut Siput

vahvahvaaahhhhh...
In Sha Allah.
Memang tahan jer kalau member dtg promote biskut.
Aku nak buat sendiri ok...
Tapi kat laki i xbagitahula,
Nanti kalo xbuat dia cakap
"Kecek sajjjoo"
Kecik ati i tau....

Kalau xder post pasal buat biskut until raya nanti, 
memang betul la ape yg laki i cakap tu...hehehe..
Tapi niat tu dah ader, ok la dari takde kan??

Tuesday, 11 June 2013

Selamat Pengantin Baru Yati & Amin

Majlis ni sebenarnya 6 Jun haritu.
Tapi xpelah asalkan hadoo.
Kan xaci plak majlis bertunang Aina aku up majlis kawen Yati pun kena up kan jugak kan.
Dua2 kawan masa sekolah menengah dulu.



muka tersangat teruja gitu




Lawak gile gambar ni.
Bajet tinggi sebab tu bongkokkan badan, 
takutlah terhalang muka pengantin..
Padahallll...
Sia-sia je..


Kami!!
Yang hujung sana pun pernah aku tempek kat blog masa wedding die haritu Arina Kawen



Best datang majlis kawen2 ni.
Bukan aper pun, sebab nak jumpa geng je sebenarnya.
Kalau tak bile lagi nak jumpa kan.

Kepada Yati & Amin:

Semoga barakah kepada kamu.
Selamat mengecapi kemanisan dalam hidup berumahtangga.


Tuesday, 4 June 2013

Selamat Bertunang Aina & Nazmi

Kepada mypren AFDSMKAD 
(Aina Fazira Dicaprio Spears Mukherjee Khan Ann David) Haaa...
Terer tak aku???
Masih ingat lagi kegilaan ekau di zaman sekolah..
Habis semua nama retiss kau sapu letak belakang nama ekau...
Tapi???
Ader ekau kesahhh....

Last jumpa masa aku kahwin hari tu.
Tahun 2010.
Jumpa balik setelah 2 tahun.
Oh...tidak ku sangka ekau telah berubah menjadi gadis ayu..bhahhaaaaa...
Depan mertua jela kot...







Aku doakan semoga jodoh berpanjangan hingga ke pelaminan, pastu dapat anak, pastu dapat anak lagi, pastu dapat anak lagi, dan lagi baru dapat cucu.