Thursday 4 April 2013

I Voted


Debaran PRU sudah bermula.
Sudahkah anda daftar pemilih?
Saya sudah!!!hehe.
Kalau tak silap daftar tahun 2009 masa Kursus Kem Bina Negara.

Masa PRU 12 Tahun 2008 tu xcukup umur lagi nak mengundi.
Masa tu jadi petugas undi jela yang mampu.
Walaupun tak boleh mengundi lagi masa tu 
tapi seronok tengok gelagat2 orang yang datang nak mengundi.
Penuh gaya beb...Ntah2 undi rosak..hahhaa..

Undi rosak
Undi tak rosak

Tahun ni In Shaa Allah aku dah boleh mengundi.
Semangat berkobar-kobar...
Ofkosla kann..
"Undi anda menentukan masa depan negara".

Saper yang dah daftar jom semak sekarang.

Untuk yang pertama kali nak mengundi macam aku,
Jom kenali 7 langkah pengundian supaya tak kelam kabut nanti..hehe





1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk


2. Serahkan dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukan tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari


3. Bergerak kehadapan kerani pengundian kedua, letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi kedalam peti undi masing-masing untuk dewan undangan negeri dan parlimen

7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Ingat!!

Undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.


Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

"Happy Election Day"
"Undi adalah rahsiaaaaaa"



2 comments:

NinaAz said...

oh..oh. xdpt balik kelate mengundi. i jadi petugas undi u!

qasehuteq said...

undi pos la kakna.
ni misti jadi petugas di sekolah kak na ke