Tuesday 8 January 2013

Isteri jangan lupa jadi isteri





Dipetik dari kata-kata Dr. Hj. Fadhilah Kamsah.
Katanya isteri yang dah bergelar ibu rata-rata lupa menjadi isteri.
Kaaataaaaanyaaa (versi Azwan Ali)...

Ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir.

Kata Dr lagi:

"Jangan sesekali ambil remeh perkara begini, biasanya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja adalah dengan menerima layanan baik dari isteri, sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu…

(kalau isteri pun bekerja n balik skali dengan suami nak senyum di muka pintu xleh so kita senyum di muka pintu kereta jela ek?hohoho...

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.
(kalau isteri perut buncit, bongkak ek?)

Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2, ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi… suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa di dahulukan. … Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.(oh...noooooooooooo!!!Abe longgg)..

Semoga pesanan beliau agar selepas bergelar ibu jangan lupa jadi isteri menjadi panduan terbaik untuk kita semua.

Suami pun perlu jugak layan dan hargai isteri bak puteri raja..tak giteww????
Takkan isteri je nak layan suami sokmo, ini tak adil!!!

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isteri.

  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.




3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.




4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. 




6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.



7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.




8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu..




10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..



11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor




15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.



16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?



18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Jiran sebelah rumah awak?




19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.




20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.



22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.


Haaaa...kan..sila sayangi dan hargai suami & isteri anda selagi masih ada..cehhhh :)

Sama-samalah kita berusaha menjadi suami dan isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain,

semoga hubungan terus kekal dan diredhai oleh Nya..Amiiinnn.





ehemm..lawa baju..






3 comments:

embunsuchi said...

x molek tahan kentut teq. nati koho kembung prut. haaahaa!!

qasehuteq said...

como minyak yu yi la bim.

embunsuchi said...

como minyok yuyi koho kuat nok kentut.