Tuesday 11 September 2012

Black Pepper Chicken Chop

Semalam tetiba terasa nak makan Black Paper Chicken Chop yang tersangatlah sedap (bagi tekak aku la kan) dekat Restoren ala-ala McDonald tapi namanye Restoren Edde kat Tanah Merah.

Macam ni lah lebih kurang die punya signboard.
Lokasinya dekat Jalan Hospital Tanah Merah.

Teringin nak makan tapi pikir-pikir jauhla pulak nak pergi. 
Kalau peknen takpela nak mengada-ngada malam-malam buta nak makan itu ini.

Hehe..panjang citenye..Motiff??
Nak cite aku masak sendiri benda ni...tu je sebenarnye..Tapi maluuu....hewhewww...

Caranye:

Untuk ayam:

1 potong peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
Sedikit tepung untuk perapkan ayam
Kat kedai ada pelbagai brand tepung untuk perap ayam, pilih je yang mana suka.

Mula-mula lumurkan ayam dengan telur kemudian guling-gulingkan ayam di atas tepung, pastu goreng sampai MMMmmmmm...bau aromanya dan masak sepenuhnya.

Untuk sos black pepper:
1 biji bawang besar - cincang sepenuh hati
1 biji bawang putih - cincang sepenuh hati
1 kiub pati ayam maggie
5 sudu besar lada hitam ditumbuk - kalau nak berasap telinga, sila tambah lagi
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air
Sedikit mentega
Garam dan gula

Mula-mula cairkan mentega di atas kuali, kemudian tumis bawang sampai naik bau.
Kemudian masukkan air dan kiub pati ayam.
Bila nampak macam pekat sikit baru masukkan semua benda alah tadi.
Biarkan mereka sebati bersama-sama kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Lepas tu bolehlah goreng kentang dan sediakan coleslow.

Hasilnya....MMMmmmmmmmmm!!!


Tak mahu citelah..Tengoklah sendiri..Terliur takkk?????
Kalau tak terliur jugak mungkin efek gambar xcantik kot...hahaha
alasan!!.







8 comments:

nur said...

skodeng kat sini dari blog ben.. wah .. sedap tu nampaknya.. nak order 1

Mia Kassim said...

salam singgah, follow dan skodeng.....sudi jenguklah ke http://shumie-dz.blogspot.com

Anonymous said...

cam sdp je t leh r try..thnkss ^^

qasehuteq said...

boleh je..delivery terus...hehe.
tq skodeng..terharu..huhu

qasehuteq said...

sedappppp sgt..tryla nanti :)

qasehuteq said...

tq skodeng..sy dh singgah :)

Asmar Arafad said...

hai nice to meet u, nice your daughter name
http://asmarpunyablog.blogspot.com

qasehuteq said...

nice to meet u 2..tq sudi singgah