Thursday, 27 September 2012

Ostrich Pillow


Jika ditranslatekan ke Bahasa Melayu jadik bantal busuk! Eh tak bantal burung unta.
Geliga jugak otak pencipta bantal ni.
Tengok burung unta pun boleh dapat idea. Kelasss kau..

Akhirnya bantal ni dah ada kat pasaran Malaysia.
Tapi mahal sangatla bagi yang duit tak lebat macam eden ni.
RM248 berbaloi ker? Baik beli handbag jela kot.hehe..

Tapi smart gile.
Bantal ni direka khas untuk keselesaan tidur terutamanya di tempat yang bising.
Sesuai kalau nak tidur time tunggu bas or flight.
Tapi kena muka tebal patbelas incila kalau semua dok pandang.
Ok what??sebab mana nampak muka. 
Nampak bibir ngan idung kembang jerk pom.


Kalau pakai kat office aci tak?
Tapi kalau bos panggil cane?
"Kejap Tuan!!!!!"
"Ishhihhhahhhyakkkk..susah doh nak bukak...


Kalau nak jimatkan duit tak payah bli ostrich pillow ni.
Guna idea Mr. Bean pom boleyyyy...


Gi pasar pastu mintak kat penjual ayam.
Ayam Israel sekor..Nah!!!Haha..
Jimat duit kan...

Wednesday, 26 September 2012

Anjing Menyalak Bila Azan


Masa mula-mula pindah dulu memang pelik dan juga geraammmmzzz....
Tiap-tiap kali Azan subuh mesti anjing jiran sebelah menyalak macam meroyanss.
Time tu ingat ada penceroboh ke ape.
Tak de pape pun. Tapi menyalak eiiiiii...sabar jelah. Tak kering tekak ke weii.

Maklumla aku kan tinggal kat perumahan ala-ala 1 Malaysia giteww. 
Banyak sangat anjingnye. Macam-macam spesies pulak tu, 
Rottweiler ade, Huskies ade, Pitbull ade, eh dah macam nama penyanyi kan. 
Nasibla nama ko dah macam nama anjing..hehe.
Minggu pertama masuk rumah masa tu memang tak cukup tido.
Dasar kuat tido kan.


Anjing termahal di dunia kot harganya RM500K.
Harga sebijik banglo beb. Dengan rumah i pun mahal lagi anjing ni hukhuk..sobs...sobs...

Banyak pendapat yang aku baca. Antaranya:

1. Anjing menyalak time azan kerana melihat syaitan bertempiaran lari untuk menjauhkan diri daripada mendengar azan yang membakar diri mereka (syaitan).

Ini kerana Nabi S.A.W bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya:

Apabila engkau mendengar kokokan ayam, maka mintalah (berdoalah) kepada Allah akan kebaikannya, sesungguhnya ayam tersebut sedang melihat Malaikat (ketika berkokok), dan apabila engkau mendengar salakan anjing, maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan, kerana anjing tersebut sedang melihat syaitan (ketika menyalak).

(Muttafaqun `alaih – Sahih Bukhari dan Muslim).


Patutlah bersungguh-sungguh dia menyalak. Nampak as-syaitan nir rajimmm rupanya.
Mujurlah manusia tak diberi nikmat untuk melihat benda ghaib. Nikmat ker???

2. Anjing menyalak kerana menyahut seruan azan.

Walaupun anjing mengikut Mazhab Syafie dikategorikan sebagai najis mughallazah tapi sebagai makhluk ciptaan Allah, Subhanallah dia pun menyahut seruan azan.
Kita yang manusia ni pun kadang-kadang terlupa jugak nak jawab seruan azan ni kan?
Ker aku je macam tu?huhu.
Insaf kejap. Lepas ni tak moh dah marah-marah kat anjing bila menyalak time azan.
Rupanya dia menyalak bersebab.


Corntoz



Nyum..nyum...best sangat makan jajan ni.
Patutla iklan corntoz ni lawak gile.
Ingat tak iklan ni?
Pakwe sengal tapi makwe double triple sengal.
Kat rumah time iklan kat tv kalau dengar hubby mengekek ketawa..sah sah tengah tengok iklan ni..
Lawak ke der?????


kalau laki wat sengal macam ni ok la..



kalau pompuan plak??
Memang tak boleh blahh...sempoi gile awek ni..
Ade ke awek sanggup buat macam ni depan pakwe???
Comfom tak..semua bajet sopan2 gitewww..

Nak menang ipad??
Jom join contest corntoz ini

Tuesday, 25 September 2012

Gaji tak masok weiiiii



Bila dah lebih sebulan tak gaji...
Macam-macam dah berangan malam tadi sebulan tidur...
Dekat 6 minggu beb tunggu. Tolonglah paham..
Tapi mimpi tinggal mimpi jek.
Tolonglah CIMB!!!!!!!!!
Kalau tak masok jugak kol 1 nati kang ramai-ramai buat mogok lapar depan bank..
ceetttttt......
pagi ni punyalah semangat nak pegi sembah ATM.
Hampeh..Nasib tak pengsan kat citu tengok baki..
Cinonet je???Mane gaji ni..??
Tak kan orang masuk gaji ikut Maybank, BSN, tayang gigi penuh kita nak moncong patbelassss???????
Sabar jekan. Tak paham betol dengan CIMB ni.Takkan dah muflis kot.
Kalau ye pun muflis takkan gaji yang cinonet je macam aku ni xleh bayar..
Takde mooodddd :((((((((((((

Thursday, 20 September 2012

Putuskan susu badan



Bila pikir-pikir rasanya dah sampai masanya.
Bukan putuskan terus cuma kurangkan dulu.
Yelah nak simpan stok untuk si adik la pulak. Kakak kan dah besar.
Sebab nak putuskan:

1. Sakit pinggang weh. 

Suka sangat menyusu sambil mengiring. 
Kadang-kadang tu rasa macam nak patah je. 
Minum Anlene pun belum tentu dapat baik ni.
Yelah dari malam sampai subuh nak melekat dalam mulut.

2. Semua kerja tak jadi. 

Tengah masak pun mintak nak menyusu. 
Bila dah baring kompom dengan kita sekali terlelap.
Pernah aritu terlelap lepas maghrib pastu bangun tengok jam pukul 11.00.
Heee..awak ni asyik terlelap je kan??
Pastu tanya hubby dah makan? Cesss. Soalan bodoh, nak makan apanye masak pun tak..
See??salah saper??Saper lagi kan.

3. Menjaga hati yang terguris.

Bab ni yang paling tak boleh blah la kan.
Ayat nak nampak sedap je. 
Maksudnya bila dah asyik bertempek je sambil menyusu pastu terlelap sama.
Bila masanya nak melayan bapak nye plak. Ye dok??
Bapak pun nak jugak perhatian... Ecece sadisnya..
Kalau bagi botol je kan senang..Habis sebotol dah zzzzzzzzz...

dan kerana..........


Sesetengah ulamak pula berpendapat menyusukan bayi lebih dari 2 tahun akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai pencipta manusia.
 Ini kerana selepas 2 tahun susu ibu tidak lagi berfungsi untuk memberi nutrien untuk membesar kepada bayi.


Macam-macam cara orang dulu-dulu ajar untuk putuskan susu ni. 
Ada yang letak kopi, nescafe, kunyit, air pinang, sirap banyak lagi lah.
Nanti nak try jugak, cuma sekarang tinggal tak sampai hati je.



Tuesday, 18 September 2012

Hallelujah

Alkisahnya aku dah terbeli sehelai busha untuk Qaseh.
Dah lama dah, dah lunyai pun. Tapi baru perasan benda ni.
Dari pandangan depan busha ni cute sangat sebab corak die yang dot dot tu.


Bila dah pakaikan kat Qaseh, hubby pun tanya....

Hubby: Mana beli busha ni?
Me: Knapa?
Hubby: Hallelujah??? Tak kan xtahu maknanye? 
Me: Geleng kepala.Sumpah tak tahu. Kalau tahu memang tak beli la kot.



Rupanya Hallelujah tu ialah perkataan bahasa Ibrani iaitu bahasa pertuturan
bagi orang Yahudi yang bererti "puji Yah'. 
Perkataan ini digunakan oleh agama Yahudi sebagai sebahagian daripada doa-doa
Hallel dan dalam lagu pujian-pujian Kristian yang diucapkan di gereja-gereja.

Perkataan ini disebut dalam kitab Zabur bagi meminta jemaah untuk menyertai acara-acara pujian.
Terjemahan terbaik bagi perkataan ini ialah "Praise to the Lord" atau dalam kata lain 'Aku berterima kasih padamu wahai Tuhan Jesus'.
OOooommmmmgggggg..

Moral of the story kali ni adalah kena telek betul-betul dulu kalau nak beli sesuatu barang...
Yelah mana tahu ada unsur-unsur macam ni lagi kan...
Walaupun hanya sebesar zarah sebagai orang Islam kita kena peka...
Betul tak???

Thursday, 13 September 2012

Meracau ke mengigau?


Kelmarin sebab terlalu letih sangat seharian kat ofis,
 (cehh bunyi macamla bizi sangat) lepas Isyak terus tertidur.
Mata berat sangat terus terlelap. 
Sedar2 hubby kejut suruh masuk tido dalam bilik,
masa tu tengok jam dah pkul 12.00 p.m..
Ceh, ni bukan terlelap namanya...tido mampus.


Bila bukak mata tengok rumah kuss semangat..
Macam kapal pecah..Apelah yang dorang buat..
Tapi xpelah..dorang bagi can aku terlelap sekejap pun dh bersyukur.
Terus masuk bilik lompat atas katil terus ZZZzzzzzz...
Sampaila terdengar pekikan yang aaahhhhh...
 ingat jiran sebelah yang buat bising rupanya anak kat sebelah menangis..sangat lantang dan nyaring.....dengan gaya seorang ibu yang penyabar (bajet) tepuk tepuk suruh tidur balik tapi makin lantang vokalnya..
Ahhh..xboleh jadi....HUbby pun turut sama bangun..muka pun sama cuak..

Tengok jam dh pukul 2 a.m...
OOOmmmmmgggggggg...esk keje.

Ibu:  Knapa nangis?Sakit perut ke?"
Qaseh:   "Attutttt".

Pastu berlari-lari ank ke dapur pastu patah balik.
Tak tahu lah knapa..
Nangis...nangis dan nangis sampaila terlelap dengan sendiri.

Paginye sebelum hantar kat babysitter, masa nak salin diapers dia xbagi..Nangis lagi..saya cakap ok xpela nanti salin rumah mama.

Masuk ofis terus tanya akak2 yang senior, bukan ape sebab risau.
Sorang cakap ngigau..sorang cakap nampak hantu..yela dia kan nangis sebut "atttuuu"....
Sorang lagi (yang paling tua kat ofis) cakap ada hantu raya yang ikut saya balik semalam.
Hahaahhhh!!biar btol!!Bulatkan mata....
Ish nak caya ke tak....nak caya ke tak?Tengah-tengahla...


Tak senang hati jugak terus call, tanya bs macam mana keadaan dia, dan sangat rasa bersalah bila bs cakap "patutla nangis dia "yekkkk" rupanya malam tadi....
Dah kering pun .....bontot pun dah merah"..


Saya: "Oooo.. patutla, sekarang ok x?
Mama: "Dah tido".
Saya: "Alhamdulillah"....

Mulala terbayang-bayang patutla dia berlari-lari ke dapur..
Rupanya nak suruh aku bawak dia pergi toilet, basuh dia punya petpet..
Patutla cakap "atuttt" rupanya dia nak bagitahu dia "kentut". Sebab dia panggil buang air besar tu kentut...
Maafkan ibu.
Patutla menangis bagai nak pecah rumah....Menyesal sungguh dengan kecuaian diri..huhu.

Tapi ramalan akak-akak ofis tu ape maknanye???
Adakah semuanye karoot komedia semata-mata?? Heheeehh...

Moral of the story...jangan pikir bukan-bukan dan elakkan tertido mati sebelum anak tido..
Apepun kejadian tu sangat memberi pengajaran dan kesedaran kepada aku dan hubby betapa pentingnya perhatian, kepekaan dan naluri sebagai ibu dan bapa kepada seorang anak yang masih kecil.
Target nak anak ramai..tapi sorang pun dah tunggang langgang..Macam mana tu??




Tuesday, 11 September 2012

Black Pepper Chicken Chop

Semalam tetiba terasa nak makan Black Paper Chicken Chop yang tersangatlah sedap (bagi tekak aku la kan) dekat Restoren ala-ala McDonald tapi namanye Restoren Edde kat Tanah Merah.

Macam ni lah lebih kurang die punya signboard.
Lokasinya dekat Jalan Hospital Tanah Merah.

Teringin nak makan tapi pikir-pikir jauhla pulak nak pergi. 
Kalau peknen takpela nak mengada-ngada malam-malam buta nak makan itu ini.

Hehe..panjang citenye..Motiff??
Nak cite aku masak sendiri benda ni...tu je sebenarnye..Tapi maluuu....hewhewww...

Caranye:

Untuk ayam:

1 potong peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
Sedikit tepung untuk perapkan ayam
Kat kedai ada pelbagai brand tepung untuk perap ayam, pilih je yang mana suka.

Mula-mula lumurkan ayam dengan telur kemudian guling-gulingkan ayam di atas tepung, pastu goreng sampai MMMmmmmm...bau aromanya dan masak sepenuhnya.

Untuk sos black pepper:
1 biji bawang besar - cincang sepenuh hati
1 biji bawang putih - cincang sepenuh hati
1 kiub pati ayam maggie
5 sudu besar lada hitam ditumbuk - kalau nak berasap telinga, sila tambah lagi
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air
Sedikit mentega
Garam dan gula

Mula-mula cairkan mentega di atas kuali, kemudian tumis bawang sampai naik bau.
Kemudian masukkan air dan kiub pati ayam.
Bila nampak macam pekat sikit baru masukkan semua benda alah tadi.
Biarkan mereka sebati bersama-sama kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Lepas tu bolehlah goreng kentang dan sediakan coleslow.

Hasilnya....MMMmmmmmmmmm!!!


Tak mahu citelah..Tengoklah sendiri..Terliur takkk?????
Kalau tak terliur jugak mungkin efek gambar xcantik kot...hahaha
alasan!!.







Monday, 10 September 2012

Petua Kempiskan Perut


Adakah anda berperut buncit? oucchhhh!!!.
Sangat merunsingkan dan kadang-kadang boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri.
Contohnya bila berjalan tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa bertiup.
Mulalah tangan dok tarik-tarik baju kan?

Puncanya:

1. Kuat makan.
2. Lepas makan terus tido.
Kadang2 tu tanak tido tapi bila kenyang terus mengantuk..Habis tu achaner??
3. Minum ais.
Huwaa...yang ni memang xboleh nak pantang.
Pantang nampak memang ngaapp...

Orang tua cakap untuk kempiskan perut caranya senang je.


Pertama: Ambil asam jawa dan bancuhkan di dalam segelas air panas. 

Biarkan semalaman. Esoknya minum air bancuhan tersebut.

Kedua dengan cara lumur: Ambil daun lidah buaya.Masukkan dalam periuk dan tambah air asam jawa. Didihkan dengan api yang kecil sehingga pekat. Setelah dirasakan suam lumurkan.Kalau nak mujarab lagi tak payah tunggu suam, lumurkan time die menggelegak..Hehe.Tipu je..


Ketiga juga lumur: Limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau nipis ke dalam mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ke perut dan balut perut dengan bengkung. Yang ni dah banyak kali try buat...

MMMMmmmmmmmm.. syok wa cakap sama lu..berapi rasa kat perut..Tapi kejap je lepas tu ok.
Jangan lupa minta bantuan pasangan anda untuk balut. Jangan cuba-cuba balut sendiri, nanti comfirm ade jugek piring yang melayang. Panas baranlah katakan..heheh

Itu petua secara tradisionalnye.

Kalau mengikut kaedah perubatan lagi senang:

1.Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. Lawas beb....Say bye to sembelit.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. Moral of the story jangan gelojoh.

3. Kurangkan garam dalam makanan. 

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan. 3 kali seminggu??mampu ker??

Hasilnya nanti???


Macam ni boleh??




lalalal..lalala..seronoknye kalau ade perut macam ni.


Sunday, 9 September 2012

Kentut dan Perwatakan


Bunyi macam kureng hajoss dan kureng sopan btol tajuknye kan.
Tapi percayalah entri ini betul-betul ada kena mengena dengan kite.

Nak tahu kenapa?
Tengok ni btol ke x?



1. Hipokrit - Orang yang kentut tapi salahkan orang lain.

2. Sabar - Orang yang tahan kentut berjam-jam, tapi awas!!kalau meledak nanti mahu pingsannnnnn...


3. Yakin - Orang yang kentut dengan lantang dan dengung gitu...

4. Sadis - Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya. 
Orang yang macam ni kalau dapat pelangkung dengan batu baru puas hati kan.

5. Berwawasan 2020 - Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.


6. Sengsara - Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.


7. Misterius - Orang yang kalau kentut, tapi tidak dapat dikesan.



8. Gugup - Orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.



9. Pemalu - Orang yang kentut tidak berbunyi tetapi gusar orang lain terbau kentutnya.





10. Strategik - Orang yang menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.


11. Pelik - Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.



12. Sombong - Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.



13. Ramah - Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.



14. Akuatik - Orang yang gemar kentut didalam air.



15. Atletik - Orang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.




16. Romantik - Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.




17. Tidak sihat - Orang yang bila batuk dia akan terkentut.



18. Panas baran - Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.


Agak-agaknya anda kategori yang mana?
pilih jangan tak pilih...
Aku xde dalam kategori di atas sebab aku nak yang bila kentut tapi tak berbau..hehe..
ekau mampu????ceh bajet macamla xmakan telur kan...

Thursday, 6 September 2012

Baba or B?


Semenjak dua tiga menjak ni Qaseh selalu ikut apa yang aku cakap.
Memang lumrah kanak-kanak sememangnya cepat belajar dengan persekitarannya kan?
Adapting the environment lah katakan..kau ader??hehe

Ada yang positif dan ada juga yang kureng sesuwei..

Yang kureng sesuwei: Satu pagi ketika aku suruh kejutkan babanya dari tidur.

Ibu: Cepat gi kejut baba..Lewat doh ni.
Qaseh: bbbbbbbbbbbbbbbbb....angunnnnnnn....

ohh..pengsan..
So, cane tu?cane nk train die bagi die panggil bapak die macam biase.
Sekarang dah tak nak panggil baba.nak panggil bbbbbb aje...
amboi mengada kan...

Atau aku yang kena tukar panggilan??
oh tidak...kalau panggil laki sama mcm anak panggil tak ke jadi macam satu kekeliruan di situ..
Nanti laki kompius (anak ke bini yang panggil?kan?)...
xboleh...xboleh...

Satu lagi yang memusykilkan aku dari segi hukum agama boleh ke?

Aku pernah terbaca satu artikel dalam soal jawab agama seperti ini:

Soalan:

Assalamualaikum..kemusykilan saya ialah apakah hukum bagi seorang isteri jika kita memanggil suami kita dengan panggilan ayah atau sebagainya dan bukan abang bagi tujuan untuk mendidik anak yang masih kecil tetapi panggilan itu kekal sehingga anak itu besar sedangkan suami bukannya ayah..apakah hukumnya ustaz ?


Jawapan:

(Seelok-eloknya panggilah nama suami dengan panggilan yang mesra dan hormat. Contohnya abang, darling, sayang dan sebagainya. Elakkan daripada memanggil nama ayah atau nama suaminya sendiri. Ini bagi memastikan hubungan suami isteri dalam rumah tangga berada di dalam keadaan harmoni dan bahagia).

Tapiii....

kepada yang belum kahwin no!!no!!no!!..xvalid untuk anda ok..
nanti muntah hijau eden dengo eh...

Memang betul kata orang-orang tua, mendidik anak memerlukan tahap kesabaran yang paling maksima..betul x??

Moral of the story cakap siang pandang-pandang, cakap malam-malam buta???
xper kite berdua aje anak dah zzzzzzzzzzzzzzzzzz..:)))))))


Macam ade masalah besar je kan??

Sunday, 2 September 2012

Puasa Enam

Pejam celik dah masuk 15 Syawal. 
Kejap je masa berlalu, ada 14 hari je lagi untuk gantikan puasa yang telah ditinggalkan (dengan izin). Qada puasa ramadhan pastu baru puasa enam. Sempat ke?

Aku sangat berterima kasih kepada hamba Allah yang telah menghantar email tentang soal jawab puasa enam ni.
Selama ni sangat jahil kan tak tahu sangat pasal puasa enam ni. 
Selalu aku puasa enam ni sekali dengan qada puasa ramadhan.
Kalau tak dapat email dari beliau kompem tahun ni pun aku buat perkara yang sama.

Hari ini baru tahu bahawa sebahagian ulama berpendapat tidak boleh menggabungkan niat puasa qada dan puasa enam, apabila dilakukan maka puasanya itu tidak sah.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. 

Rupa-rupanya pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal.

Sebagai peringatan kepada diri sendiri juga supaya melakukan dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama, kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.



“Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui”