Monday, 15 February 2016

Qaseh ke sekolah


Tahun ni genap 5 tahun umur kakak.
Baba yang decide nak hantar kakak ke Sekolah kebangsaan.
Tapi baba pilih nak hantar kakak ke SRJKC.
hmmm....
Apa motif baba ni?



Ibu kan isteri solehah, so ibu iyekan aje...huhu.
Apa pun motif baba hantar kakak sekolah cina, ibu percaya mesti ada sebabnya.



Minggu pertama kakak ke sekolah kakak nampak macam stress.
Bila ibu tanya kakak happy ke tak dengan sekolah, 
kakak jawab happy tapi xde kawan.
Sian kakak tapi baba cakap awal2 memang macam tu. 
Nanti dah biasa ok la.


Sebulan berlalu alhamdulillah kakak dah boleh adapt dengan environment baru.
Tiada lagi muka stress balik dari sekolah.
Hari-hari nyayi lagu cina.
Adik pun tumpang sekaki.
Kadang-kadang ibu stress la jugak bila kakak nyanyi.
Seakan 'turik' telinga dengar bahasa asing...hahaha.



Dah banyak perkataan cina kakak boleh sebut.
First bahasa cina yang kakak tahu 'mayi'.
"Ibu banyakla mayi kat dapur".
Masa tu ibu ignore je sebab ibu pun xpaham sebenarnya..haha.
Bila kat ofis ibu tanya gugel baru ibu tahu apa itu 'mayi'.
Agaknya ibu kena pegi tuisyen kot.


Masa sekolah adakan sambutan Chinese New Year kakak dapat tempat pertama pertandingan mewarna.
Ibu bangga kakak tahu tak..hehehe.
Ibu tanya "kakak colour ape?"
"Kakak colour monkey".

Oh, sebab tahun ni tahun monyet agaknye.



Harapan ibu semoga kakak berjaya buktikan yang kakak mampu menjadi cemerlang di antara pelajar-pelajar yang berlainan bangsa dan budaya dengan kakak.

Pedulikan kata-kata orang. Ibu tahu kakak boleh berdikari.

Wahh, macam berat sangat harapan untuk budak berumur 5 tahun...hahaha...

Wednesday, 10 February 2016

Qaseh & Qasyah First Visit to the Museum

Hye...i'm back...
Rasanya belum terlambat bagi orang macam i nak wish 
Happy New Year sekali harung dengan Happy Chinese New Year..
Sekarang free sesangat so bolehlah start bloging balik.

Walaupun cerita dah basi tapi nak jugak story weolls first time masuk muzium.
Rasanya bulan Disember kot masa ni.

Walaupun muzium ni hanyalah sehasta dari ofis, hari-hari lalu je pun, tapi kerana Pameran Tok Janggut baru sampai Muzium Kelantan.


Not bad lah siap ada unta padang pasir lagi.
Walaupun aromanya agak tidak menyenangkan tapi kita redhaww je sebab kita tak pernah tengak unta live.


Kakak gaya cam model sangattt..
kahkahkah...



Apa ada dalam muzium?
Jom cekidaut!!
















Tu je cerita muzium kami.
Macam rombongan sekolah je pergi muzium..