Sunday, 31 March 2013

Apa Beza Baking Powder Dengan Soda Bikarbonat??



sumber: gugel

Perasan tak dekat resipi kek mesti ada Baking Powder & Soda Bikarbonat.

Kalau tak perasan tu maknanya tak pernah buat kek lah..heheh
Kerana benda alah ni jugaklah kek yang dibuat dengan harapan menggebu gebas menjadi mampat-semampatnya.
Lalu hancur luluhlah perasaan pembuat kek tersebut.
Akulah tu...huhu.
Selalu sangat tertukar dua benda ni. Sebab tu kek tak jadi (alasan).
Lalu aku bertekad untuk mengenali dua benda alah ni dengan harapan kek yang bakal aku buat nanti menjadi.
Ayuhlah...

Baking Powder (Serbuk Penaik)

Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Ia mengandungi sejenis asid(biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali(soda bikarbonat).Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.


Soda Bikarbonate

Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih 

Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida.Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.

Hohoo...maknanya kalau nak buat kek gula hangus kena letak soda bikarbonatla yek..
Patutlaaaa kek aku boleh buat main baling2 giteww...hahahaa.


Wednesday, 27 March 2013

Sanah Helwah Qaseh Iris




27 Mac 2013
Selamat Hari Jadi yang ke 2 untuk anak ibu.
Alhamdulillah anak ibu membesar dengan sihat.
Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk mata penyejuk hati ibu dan baba.

Ingat lagi detik melahirkan Qaseh 2 tahun yang lalu.
Masa peknenkan Qaseh aku ade diabetes melitus.
So, sehari before EDD terpaksa admit wad.

26 Mac 2011
Dengan muka innocent pergi serah diri kat Hospital Tanah Merah.
Perasaan cuak tu xde lagi.
Masa tu lebih kepada rasa seronok sebab dah janji awal2 dengan anak buah nak kawan ngan dia dalam wad.
Anak buah masa tu dalam wad jugak bertarung untuk melahirkan anak yang ke 3.
See??
Anak buah dah yang ketiga. Mak sedara baru terkedek2 anak sulong.
Dah jodoh dia awal kan.

Sampai Hospital dah dekat nak maghrib.
Pandai kan. Saje jer datang lewat.
Xkoser aku nak dk lama2 dlm wad.
Mula-mula jumpa doktor dulu. 
Heran kenapa semua Doc O&G kat spital ni lelaki. Adik2 plak tu.
No choice. Doc seluk dulu. Dia cakap 2cm.

Pastu terus ke wad. 
Frust sebab katil kita jauh ngan anak buah sebab masa tu anak buah dah selamat deliver.
So, katil dia belakangla sikit dari katil yang belum deliver.
Takper boleh lagi pergi borak2. 

27 Mac 2011

7.00 a.m
Seluk buat kali kedua.
3 cm. Yahuuuu.
Doc kata tak payah masukkan ubat sebab jalan dah terbuka.
Ada peningkatan.
Lepas pada saat dan ketika ituuuuuu!!!
Contraction dah menjelma.
 Mula2 manja2 pastu dia main kasarr derrr.
Doc janji kol 10 nak cek lagi skali.
Dalam hati "Oh lambatnye pukul 10 aku dah tak tahan".
Rasanya macam tak sabar giler nak bagi die seluk.

10.30 a.m.
Beriya aku berebut ngan sorang akak ni untuk masuk cek sebab aku rasa sangat tak tahan.
Potong que ko mampu??
Rasa seolah2 nak buang air besar sangat tapi toilet penuh.
Bila 1 toilet free ko punyer perasaan tamak berebut toilet tu haa macam tu lah aku masa tu...
Maafkan saya akak...

Doc cakap dah 6 cm.
"Akak boleh ke LR sekarang.
Tunggu nurse datang".
Oh, gembira bukan kepalang sebab tak payah masukkan ubat.

Aku memang tak mahu ambik ubat untuk bukakan jalan tu sebab akak depan katil aku tu dia memang kena masukkan sebab dah lewat 5 hari kot.
Dia punyer sakit tu sampaikan kita yang di sekeliling tengok pun seriauuu.

11.00 a.m
Nurse datang ambik dan terus berlari ke LR.
Nurse kata "awak kena jalan, nanti lagi cepat jalan terbuka".
Sesampai di LR dalam tu ade dua nurse dok tunggu.
Budak hingusan lagi aku tengok.
Eh, boleh ker dorang ni.
Masukkan ubat untuk melawaskan tutt.
Macam karen aku terus masuk dalam toilet.

Pastu dorang panggil hubby masuk LR.
Bermulalah aksi lagak ngeri.
Kali ini sakit die lebih teruk dari sakit kat wad tadi.
Kali ni tangan hubby jadi mangsa.
Aku genggam sepenuh hati time budak dok mengeras tu.
Aku panggil bebudak nurse tu soh cek sebab aku rasa tak tahan yang amat.
Semua ayat yang aku ingat aku baca dengan harapan kurang sikit rasa sakit tu.
Penantian untuk bukaan 10cm tu adalah penantian paling siksa dalam hidup yang penah aku rasa.

1.45 p.m.
Akhirnyaaaaaaaaaaaa 10cm.
Masa ni tetiba LR jadik ramai nurse.
Datang dari ceruk mana ntah.
Ok pushhhhhh...
Gagal...

PUsshhhh lagi...gagal...

2.15 p.m 
"Akak terpaksa toreh sikit dik.
Baby sulung kan, kalau tak nanti baby lemas".
Staffnurse kot yang cakap.
Masa tu aku tengok bersinar pisau tuuu.
Tapi herannya tak rasa pun sakit torehan tu.

2.29 p.m 
Pussshhhhhh...
Alhamdulliillh 2 kali je lepas toreh tu berjaya.
Baru ku tahu teknik yg betul.
Masa kita rasa budak mengeras tu kita kena cepat 2 push dalam satu nafas.
Sekuat hati jangan putus2.
Rupanyaaaa....

Legaa...legaa..macam terlepas hutang berjuta.
Lepas tu Qaseh dorang bawa ke bilik lain utk dicuci.
Tiba masa untuk sesi jahit-menjahit.
Masa ni aku paksa hubby keluar.
Aku tak nak bagi dia tgk aku menggelumpur tahan sakit time jahit ni.
Aku xfaham knapa ramai orng ckp xsakit time jahit sebab sakit contraction lebih dari tu.
Tapi bagi aku sakit masa jahit lebih teruk berkali2 dari sakit contraction.
Maybe lain orang lain rasanye kot.
Aku nekad untuk 2nd baby nanti aku nak mintak bius time jahit.
Sakit ok, sangat-sangat macam disiat2.

3.45 p.m
Kaki dah terketar-ketar.
Lama gila kot proses jahit menjahit tu sampai lenguh sendi segala.
Bila dah siap semua nurse datang bawak Qaseh, letak kat tepi.
Masa ni rasa macam wahh bestnya ade baby sendiri.
Syukur sangat kerana segalanya berjalan dengan lancar.
Dipermudahkan oleh Allah SWT.
Dan aku dengan bangganya cakap kat hubby nanti nak bersalin lagi. Xserik pun.hehe.

Dan hari ni genaplah umur Qaseh Iris 2 tahun.
Ibu harap Qaseh menjadi anak yang solehah, taat kepada agama.

Having a daughter means,
Seeing a thousand rainbows everyday,
A thousand occasions a sweet hurray,
A thousand sweet dreams a night,
And a thousand reasons to laugh and smile
Happy Birthday to you my love!!




Tuesday, 26 March 2013

Toddler Beds

Esok 27 Mac 2013 genaplah 2 tahun usia Qaseh Iris.
Sehingga ke hari ini beliau masih tidur berdampingan dengan kami.
Kami tak kesah pun.
Tapi kalau ade adik nanti adik yang kesah.
Cer imagine 4 orang sekatil. Mampuu???
Susahkan nak train anak tidur asing.
Tapi kita mesti cekalkan hati even kita sendiri sebenarnya yang tak sanggup.hehe..

Langkah pertama kena beli toddler beds dulu.
Ciri-ciri yang paling penting untuk beli toddler beds ni kalau untuk Qaseh yang tidurnya mengalahkan Lionell Messi rasanya eloklah yang berpagar.

Malam tadi dengan tak tersengajanya terpergi ke Tesco tertengoklah satu pameran kat ruang legar.
Banyak gileww toddler beds yang menggugat sanubari.
Korang2 yang stay area Kb ayuhlah beramai-ramai ke Tesco KB menjamu selera mata anda sementara promosi.
Hanya seminggu sahaja. 


Paling smart.
Double decker.
Lain dari yang lain sebab bahagian bawah boleh dijadikan sofa. 
Kalau nak tidur angkat je papan yang dijadikan meja tu ke anak tangga yang paling bawah.
Tilam yang dilipat boleh ditarik semula.
Bawah plak ada rak untuk simpan pakaian.
Bahagian tepi siap dengan meja komputer beb.
Nak apa lagi..cakap..cakap??
Oh ini tak boleh jadi.....

Harga????

Ini harganya.
Harga tanah runtuh ke idak sendiri pikir.


RM1492 dari RM1865.
Baru ku perasan dalam katalog xde plak meja komputer kat tepi.
Free gift ker hiasan jer?
Aku lupa plak nak tanya.


Hamboi...
Siap ade gelungsur lagi.
Dah macam taman permainan.
Yang ni lebih banyak raknya.
Kat tepi pun ader meja tulis.
Harga yang ni kalau tak silap RM700 lebih.

Lain-lain beds aku capture dari catalog je.
Promoter dah jeling dah kenn.
Mesti dia cakap "akak ni manjang je ambik gambar, nyampah bukan nak beli pun"...

Nama pun survey kan.
Bukan nak beli terus.




Apa tunggu lagi.
Jommm......



Monday, 25 March 2013

Selamat Pengantin Baru Arina & Ilyas

23 Mac 2013.
Hari tu aku ade 3 jemputan majlis kahwin.
Tapi dua je yang berjaya dihadiri dengan tersangat jayanya.
Walaupun berpeluh ketiak den ke hulu ke hilir.
Walaupun telur rebur hancur berkecai di atas seat keretaku gara2 kamu Qaseh.

Tapi demimu sahabat ku gagahi jua.
Poyoooo..
Tahniah buat erin.
Anda sangat homeiiiiiii.
Aku doakan semoga kekal bahagia bersama Liyas.
Pesanan penaja: Dah jadi bini ore jangan kalut2 sangat.hehehe...



Yati & Jian

Geng-geng SMKA Wataniah SPM 2004

Tengku Maryunie dan Somi (AwieThisIsEdge)
a.k.a
Ex-rumet aku & Erin


Mok GiePolka dot :)


Cekgu Erin & Cekgu Jian
(Dulu masa skolah ingat demo dua ni akan jadi Engineer ke Bomba ke xsangka ade bakat jadik Cekgu 
(waa tabik sama luuu)..hehehe


Qaseh & Ibu
Jangan kau tanya kenapa aku xde gambar ngan pengantin ok.
Sentappppp...
Pengantin tersangatlah bizi masa aku free.
Free (masa Qaseh mood ok)


Mok Gie Polka dot & Qaseh & Ibu


Jian, Polka dot, Mok Teq


Uyu Fatehah dan somi.
Anda tersangatla gojesssss.
Jeles iooolllllllsss.
Dan juga Baby Zulaikha.


Polka dot dot & Uyu gojes.


Masa ni aku dah bye bye.
Kredit to Mek Gie Polka dot sebab ambik gambar ni.
Semua anak dara uollsss.
Dari kiri ke kanan pilih yang mana berkenan.
Dalam banner xboleh!


Thursday, 21 March 2013

Handphone Icherry C20 Flip Butterfly Sweet

Malam tadi kami kluar pergi repair handphone hubby.
Handphone die ngam2 habis warranty baru buat hal.
Tak boleh online lama sket jadik off.

Aku rasa dia panasssss hati kot sebab aku dok menghanjeng dier, 
"eh, galaxy notesss pun rosak ker der??"
Haahaaa.
Dan dan jer nak pergi repair.

Maklumlah aku punyer handphone skrin dah retak seribu kena pelangkung ngan Qaseh.
Handphone die??Jangan harap nak bagi anak main.
Tengok2 yang die rosak dulu.
Berkat i xkedekut dgn anak kot...hahhaaaa.

Masa aku kat kedai tu aku ternampak satu phone ni.
Comellllll....giles menarik nafsu.
Kalau ade call die nyala2 giteww.
Handphone cikai je.
Rege RM198.
Xde android xde Facebook.
Tapi cun giler.
Dah lama aku minat handphone jenis flip ni.
Tapi xpenah terbeli.
Sesuai untuk remaja bawah umur macam i..hehee

Bila aku cakap kat hubby comei ek tepom ni??
Die tak layan weiii...xpe xpe...
Tapi aku tak beli. Aku sedar membazir amalan syaitan nir rajimmm.
Kalu handphone aku rosak blehla buat alasan.
Tapi dok teringat lagi ni kat handphone ni.
Sampai rumah hubby tny "betul ker minat handphone tu".
Soalan mcam xpuas hati.
Aku jwb "hhhhhhhhhmmmmmmmmmmmm"..hehe
Ke aku jer rasa comei????

Monday, 18 March 2013

Selamat Pengantin Barru Anak Buahku

Tahniah untuk Gieha & Hendra Saputra.
Bertambah sorang lagi anak buah.
Tahun depan bertambah plak cucu sedara.
Hemmmm...Dah tuoo...

Tengok jela.
Malas naik taip dah...






Mangsa pertembungan flash..


 Adakah cek tendang???hehehe











Muka bangga sampai nampak lubong idong...




Siapakah????


Qaseh masih bingung cara yang betul nak buat "peace".


 Pengantin pun nak jugak......










Mak ayah pengantin a.k.a akak & abang ipar
(Che Hussin Lempoyang)


Adik beradikssssssss...


Tinggal sorang lagi anak buah darrraaaaa gituuu...



Duduk pulok untuk menampakkan sisi kurus..


Qaseh masih tak berjaya buat peace...


Baba & Qaseh & Ibu


Aina & Qaseh & Aini








Baju last pengantin..
Switt giler
tapi xsempat tunggu dia salin.
Lambat sangat derrrr....
Comei kan.
Ni mesti ciplak baju bini apek..
Cer tengok......



Kepada pengantin mok su ucapkan semoga kalian berbahhhgiaaaa ke hujung nyawa.
Kepada anak buah barrru Hendra:
Raya nanti mak su nak duit raya..ahaakkksssssss..