Oleh kerana musim tengkujuh dah menjengah tiba
rutin tiap-tiap pagi kat dalam bilik air
ohhhhhhhhhhh.........nooooooooo....
Sejuk gile......Gigi berlaga-laga gitewww...
Terpikirlah masa tu kalaulah ade water heater kan best.
Tak payahla aku termenung tergaru-garu sebelum mandi.
Ceh nak yang Joven aje kan..hohhoho.
Rubine pun ok jugak kot.
Ceh berangan je la.
Tapi lepas kawan aku citer ade kes orang mati kerana water heater
terus aku jadi macam berbelah bahagi gitu..
Berani ke tanggung risiko.
Takut jugak mati katak.
Ni kes yang aku baca:
Sumber sinar harian
23 Disember 2011
GEORGETOWN - Seorang penjual alat telekomunikasi maut setelah terkena renjatan elektrik dari alat pemanas air ketika mandi di bilik air di rumahnya di Changkat Bukit Gambir, petang kelmarin.
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, lelaki berusia 40-an dipercayai mandi dengan menghidupkan alat yang dipasang di dalam bilik air rumahnya.
"Dipercayai alat pemanas air yang digunakan mangsa mempunyai masalah litar pintas yang menyebabkan renjatan kepadanya.
"Kejadian itu hanya disedari isteri mangsa menemui suaminya mati di dalam bilik air," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat kelmarin.
Difahamkan, laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada renjatan elektrik.
Mayat mangsa dituntut keluarga dan dikebumikan semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan ada menerima laporan dan berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
“Berdasarkan siasatan awal, kejadian tidak membabitkan unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Nak beli ke tak ek???