Thursday, 29 November 2012

Bayi Satu Bulan Maut Ditimpa Buah Durian


Sedang kita syik menikmati durian crepe rasa sedih pulak bila baca berita ni...



NIBONG TEBAL 28 Nov. - Hasrat sepasang suami isteri untuk membesarkan bayi mereka tidak kesampaian ekoran bayi lelaki berusia sebulan maut akibat ditimpa sebiji buah durian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap di sini, semalam.
Kemalangan yang menyayat hati itu berlaku pukul 4 petang telah mengorbankan anak pasangan berkenaan, Muhammad Yusoff Zainal.
Ibu mangsa, Samimi Kasmin, 29, seorang warga Indonesia berkata, semasa kejadian, dia hendak keluar dari pintu belakang rumah untuk mengambil kain jemuran di ampaian berdekatan pintu rumah itu.
Katanya, semasa dia mahu keluar rumah, anaknya menangis lalu dia mendukung anaknya di sebelah tangan kiri untuk ke ampaian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_16/Bayi-satu-bulan-maut-ditimpa-buah-durian#ixzz2DZk0XiHr

Sumber:  Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 26 November 2012

Harimau Malaya sudah jinak

Kejam sangat ke tajuk??
Hehe..lantaklah ape yang penting aku tgk game malam tadi sambil terlelap pom boleh.
Tak sama macam tgk game The Red Warrior, jantung macam nak tercabut je sokmo.


Arrghhhhh.....sikit lagi nak gol...muka stress...

Saper yang pergi stadium malam tadi harusla sakit ati kensss..
Apepon tahniah pada team Harimau Malaya sebab dah berhempas pulas dah kot utk buat yang terbaik.
Kita yang nonton senang je cakap..ceh ayat sedapkan hati...

Hidup Rajagopalllllll...
Sak bimbe hero tok gaduh mace cito hindustan last2 baru hero ngamuk......hahaha...

Dulu Burger Bakar Sekarang Durian Crepe

Terseksa rasanye bila bukak fb.
Tolongla bagi saya rasa durian crepe tu.Best sangat ke.


Kenapa la member2 kat fb ni suka sangat post pasal makanan?
Buat aku xsenang duduk je tengok.

Dulu heboh burger bakar.
Terkedek-kedek aku ngan hubby pegi beli depan Nasi Air Hidang Pok Sen tepi bangunan KWSP KB tu.
Walaupun menunggu dekat sejam tapi cool je.Nasib sedap.

Sekarang durian crepe plak timbul.
Kat mana nak cari ni kat KB..Please tolong bagitahu aku kalau ada yang tahu.....hehe.

Monday, 19 November 2012

9 siti yang patut dicontohi


1. Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg setia dan menyokong 
Rasulullahwalaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan 
musyrik, menghantar makanan kepada baginda ketika baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. sangat kasih dan setia 
kpd suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin. Tidur 
berkongsikan bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali.

3. Siti A’ishah

Beliau merupakan isteri nabi yg paling romantik. sanggup 
berkongsikan bekas makanan dan minuman dgn rasulullah, dimana 
nabi s.a.w minum disitu dan beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4. Siti Hajar

isteri nabi ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan allah. Sanggup 
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. 
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (pergorbanan seorang ibu mithali)

5. Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan 
mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah 
s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa a.s

6. Siti Asiah

Isteri firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg 
dihadapinya dpd firaun laknatullah

7. Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik 
baginda menjadi insan mulia

8. Siti Muti’ah

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya 
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan 
tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak 
memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja

9. Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri khalifah Harun Al-Rashid. 
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk 
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t



Sunday, 18 November 2012

Terkejut dengan beruk

Wah...lama sungguh bercuti sampaikan takde masa nak jengok blog.
Arini bukan nak citer pasal kat mana lokasi percutian yang dipilih..
jeng jeng..cerita tu next entrylah aku citer ek..

Arini nak story pasal badi.
Betollah rupanya badi ni bahaya jugak ek.
Dulu sebelum kena xpercaya sangatlah.Bajet moden katakan.
Bila dah terkena baru tahu...

Citernya seminggu sebelum pegi holiday aku balik kejap umah mertua.
So, petang tu konon ambik angin pergilah jejalan umah jiran hubby.
Disebabkan jiran dia ni sgt sukakan binatang maka banyaklah binatang kat rumah dia.
Semua adalah, ayam serama, burung ntah nama apelah xtahu sebab byk sgt n yang sekor ni namanya kera ker beruk ker xpasti...

macam ni lah rupenye..

Tuan dia panggil bunga. Nak kata comel macam bunga takdelah sangatkan dah namanye pun binatang..hehe
Mula2 elok jer dia main dgn Qaseh pastu tetiba bila tuan die kluar terus dia terkam my baby..huhu..
terus nangisla sebab terkejut...ha...inilah namanya terkejut beruk..

Ingatkan takde pape..tapi lepas pada kejadian tu bermulalah episod nangis selok ore tua2 kato.
Xda lagi istilah tidur nyenyak untuk aku lepastu..
Sampai 4 hari jugaklah macam tu, tgh syok tido tetiba nangis tanpa dapat dipujuk lagi..
Xtahu nak buat apa, aku bagitahulah kat akak aku cerita kena terkam ngan beruk tu,
terus dia suruh pegi rumah sorang pakcik tua kat hujung kampung aku.
katanya pakcik tu boleh ubat budak terkena badi ni. Sebab dah letih anak meragam so bedesupp pergi...

Sampai sana pakcik tu suruh duduk berlunjur hulurkan kaki sambil riba Qaseh n then dia bacakan ayat quran sambil kebas badan qaseh dengan daun ubi kayu..
Alhamdulillah malam tu sampailah sekarang dah ok. tidur je sampai pagi...
Harap2 sampai bila-bilalah tidur dia tidak diganggu lagi...Aminnn.
Lepas ni dah tak nak dekat dengan makhluk2 yang ade badi ni..Dah serik...





Thursday, 8 November 2012

Holiday

Arini ari last keje. 
Macam xsabau-sabau nak tunggu minggu depan.
Yahuuuuuuu...kenapa eksaited sangat ni.....
Harusla cuti bersambung kan..11,12 Keputeraan Sultan Muhamad V, 13 deepavali vanakam, 14 sendiri apply dan 15 satu muharam detik permulaan...

Tapi xde plan langsung nk bercuti kat mane...
agak-agak kat mane best??

Paghissss???

bukan yang ni..


haa kat cini...dalam mimpi bole la kot..

ke nak pi legoland??


mesti crowded gile time cuti sekolah kan...
cehh..bajet gile nk kite sorang je main kat cini..

ke The Lost World of Tambun??


sama jugak crowdednye..tapi asenye tak secrowded legoland kot sebab kat cini dh lama bukak.
mesti orang pun dh xseeksaited nk g legoland.kan??
 tapi bagi yg blum pernah sampai macam aku ni tgk gmbar pun dh rase mcm nk terloncat...why??
tgklah sendiri...best kennnnnsss..




dan yang paling penting harga tiketnye..berbaloi-baloi dari legoland..


Hubby pon aku dah ayat dah...

"Jomla bawak anak jalan-jalan..Sian anak pagi hantar kat babysitter, petang ambik, sampai rumah je masuk terus tutup pagar. Xde life langsung..Hari-hari benda sama jerk..Xkesian kat anak ke..

Cehhhh..baik punye padahal mak yang terlebih....hahahaa...

Punyerlah banyak plan....Entah-entah bercuti kat rumah je. :(...