Layan citer ni malam tadi sampai mengalir air mata...
Tambah-tambah anak si Fasha dalam citer ni pun nama sama ngan anak eden.huhu...touching giler..
Bezanya cuma mak Qaseh dalam citer ni cun lagi dari i yang xseberapa ni..hehe..
Citernye macam ni......
Aina dan Haris berkahwin di usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Qaseh. Qaseh menjadi anak yang lincah dan manja malah disenangi oleh jiran-jiran termasuklah Kak Sal sekeluarga. Namun apabila usia Qaseh meningkat, Aina dan Haris tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan Qaseh pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Aina mengambil keputusan untuk kembali berkerja. Mujur mereka mempunyai jiran yang baik. Setelah mendapat persetujuan dari suaminya, Khalid, Kak Sal mula mengasuh Qaseh. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk berkerja siang dan malam.
Malang tak berbau Khalid diberhentikan kerja dan mula cepat naik angin apabila Kak Sal selalu berleter suruh dia cari kerja. Hubungan mereka menjadi dingin. Kak Sal membuat kerja sampingan menjual kuih muih. Qaseh kini lebih rapat dengan Khalid. Khalid memanjakan Qaseh hingga Qaseh nak ditidurkan dan dimandikan oleh Khalid. Namun Khalid terlalu mengikut nafsunya sehingga sanggup menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Sehingga satu hari Kak Sal ternampak Khalid dalam keadaan yang mencurigakan ketika menidurkan Nia. Khalid cuba menafikan perkara itu tetapi Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa. Aina dan Haris ternampak kesan lebam yang terdapat pada Qaseh namun Kak Sal memberitahu dia terjatuh, alasan biasa untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Kini, Aina disahkan mengandung anak kedua. Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam malah cepat mencebik seolah dirinya menahan kesakitan yang amat sangat. Perubahan Qaseh itu pada anggapan Aina dan Haris kerana merasakan dirinya tidak disayangi... Selalu bila ibunya mengandung kononnya anak akan membawa diri dan mudah merajuk. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga Qaseh selalu demam dan selalu menjerit dalam tidurnya. Satu hari Qaseh merengek-rengek, muntah darah dan pengsan. Panik dengan keadaan tersebut Aina yang kebetulan cuti ketika itu membawa Qaseh ke hospital.
Sementara Kak Sal dan Khalid dalam ketakutan kerana perbuatan mereka. Menyesal sekarang tiada gunanya. Khalid menyalahkan Kak Sal yang pentingkan duit dari dirinya. Qaseh disahkan didera dan dirogol. Aina separuh pengsan apabila berdepan dengan Kak Sal. Aina juga diberitahu tentang banyak pendarahan di dalam tubuh Qaseh. Qaseh masih tidak sedarkan diri. Kak Sal dan Khalid ditangkap untuk disoal siasat. Kak Sal pada mulanya tidak mengaku menuduh suaminya yang melakukan perkara tersebut hingga tahap sanggup merogol Qaseh. Qaseh sempat membuka mata dan melihat kali terakhir kedua ibu bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya disisi ibu dan ayahnya. Aina terlalu sedih kerana Qaseh meninggalkannya dengan seribu kesakitan yang ditanggung. Aina dan Harris rasa bersalah yang amat sangat kerana gagal menjalankan tanggungjawab terhadap anugerah Allah untuk mereka..
Part yang paling sedih time Qaseh merengek sakit masa kena rape dengan si Pak Khalid...
Memang jadiklah Zaidi Omar ni buat muka perogol..huhu.
Tak macam drama lain yang ending ada lagu tema tapi citer ni terbaik sebab endingnya diselitkan dengan suara orang tengah tersiksa menerima hukuman sebat...
Memang insaf habis.
Pengajaran yang ingin diterapkan ialah sebagai ibubapa kita patut menjalankan tanggungjawab kita terhadap anak dan tidak terlalu mengejar harta dunia semata-mata, nanti menyesal tiada guna'.....
Nauzubillah mintak jauh jadik kat anak cucu kita.
Mari kita amalkan doa ini selepas solat.
InsyaAllah, semoga Allah memakbulkannya..
Doa mengelak dirogol untuk diri sendiri:
Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.
Doa mengelakkan anak dari dirogol:
Maksudnya : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.
Aminnn.....