Wednesday 28 May 2014

Family Day: Perdana Beach Resort

Family day ni hari sabtu lepas.
Buat dekat Perdana Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan.
Kali pertama join office punya family day.
Anti sosial sangat.
Bukan ape aku biasa hari minggu lebih suka balik kampung.
Berfamily day dengan family sendiri lebih seronok dari berfamily day dengan office..hikhik..
Tahun ni tetiba terasa nak pergi, maka terpergilah.
Tahun depan?
In sha Allah..

Kasmawati dengan gadis-gadisnya.

Kasmawati, Puan Amni dan Eila.
Gedikss..

Kasmawati & Kak su.

Baba dan kakak.

Matahari yang memancar panas cengceng...

Game boling padang.

Game kanak-kanak ribena.
Bawa bola pingpong dalam sudu.
Berbaju pink, anak sapolah tu kan kak eila
Semangat, panggil pun xtoleh takut jatuh bola.

Baba pun ambik port.

Terompah gergasi.


Aktiviti riadah yang ada kat Perdana Resort.
Dah puas aku pikir apa orang panggil ek?
cycling??boat cycling??
RM12 untuk 30 minit.





Family day yang biase2 je.
Xdelah happening sangat.
Dahla TV 40 inci pun xdapat.
Motif utama kot join...hehehe

Tuesday 27 May 2014

Diari Kehamilan: Emosi dan tahap kesabaran

Fasa kehamilan yang paling mencabar adalah trimester ketiga.
 Time ni memang tekanan fizikal makin terasa. 
Kita cepat merasa letih, mengantuk, 
lagi-lagi waktu petang.
Memang tak boleh nak elak.
Tapi aku xlayan sangatla perasan tu, selalu lawan je.
Buat rilek-rilek, balik rumah mandi, masak, buat macam biasa je.

Tapi kejadian petang semalam memang tak boleh sabar.
Sampai rumah hubby drop kami dua beranak je.
Katanya ade hal kat Pasir Mas.
Terus masuk rumah mandikan Qaseh, 
pakaikan baju tidur semua.

Dah setel terus masuk dapur kemas-kemas nak masak,
masa tu aku dengar kat tv tengah tayang Ceria Popstar.
Yang budak nama Kashika rambut ketak-ketak tu tengah nyayi lagu Frozen.
Let it go...let it go.......



Habis je lagu tu, "Ibu, kakak kencing atas sofa"..
Watderrrrr........
Sakitnya hati iiiiii....
Hilang sabar terus, aku tanyala "bakpo xroyat nak kencing??"

"Kakak sibuk..."
Waaaa......kemah kemingnya jawapan kakak...
sibuk dengar lagu frozen...
Tahula kakak minat lagu tu, tapi janganla sampai tahan kencing...
Maka, merasalah cubitanku dan meraung2lah beliau.
Baba pun xde nak pujuk2 maka menangisla sampai tertidur..

Tidur dari Maghrib sampaila pagi tadi masa nak hantar rumah babysitter, pun xbangun2 lagi.
Bila teringat balik, rasa bersalah pun hadooo...
Maybe dia xsedar terkucil, yelah penangan frozen katakan.
Tapi tahap kesabaran tu makin menipis ditambah dengan faktor keletihan..hihihi

Ya Allah jauhilah sifat amarah dalam diriku.
Tetapkan pendirian dan tahap kesabaran.
Aminnnn..


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Artinya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Dzat yang Maha Pemberi (kurnia).” (QS. Ali Imran: 8).


Monday 26 May 2014

Air selusuh & doa mudah bersalin

Kita hanya berusaha selebihnya tawakal dan berserah kepadaNya.
Itu lebih baik dari tidak melakukan apa-apa.
Semua yang berlaku dengan izinNya.

Air selusuh yang disediakan suami sendiri adalah yang terbaik.
Ilmu ni aku dapat dari ibu mertuaku dan hari ni aku nak share dengan bakal ibu-ibu yg tgh menghitung hari..hehe..

Bila kandungan dah masuk trimester ketiga para suami dah boleh buatkan air selusuh ni untuk isteri.

Caranya:

Mula-mula lakukan solat hajat.
Letakkan sebotol air untuk dijadikan air selusuh.
Selepas selesai solat hajat baca Al-Fatihah.



Diikuti dengan Selawat Shifa.


Kemudian baca surah Al-Hashr ayat 21-24 sebanyak 41 kali.


Diikuti dengan doa selusuh:

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri disebut), penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.” 

dan doa dipermudahkan:

” Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah Mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”

Selain dari air selusuh kita juga digalakkan mengamalkan doa-doa untuk memudahkan bersalin seperti:


Selebihnya tawakal kepada Allah agar dipermudahkan proses bersalin.
Aminnn...


Wednesday 21 May 2014

20 Larangan untuk berhubungan intim



Hanya berkongsi apa yang aku baca kat fb.
Walau dah nak masuk 4 tahun kahwin, 
sejujurnya baru aku tahu tentang larangan ini.
Korang yang belum tahu jom baca.

Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak yaitu:

1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Tuesday 20 May 2014

Diari Kehamilan: Varicose vein di usia 30 minggu kehamilan


Bukan mengeluh bukan tak bersyukur,
tapi varicose vein amatlah menyakitkan.
Hanya yang pernah alami tahu bagaimana peritnya.

Aku perasan wujudnya varicose vein ni masa kandungan 24 minggu.
Masa tu tak teruk lagi.
Masuk je kandungan 30 minggu makin teruk.

Heran juga dulu masa peknen Qaseh xde pun masalah ni.
Yang second ni kena pulak.
Allah pilih aku tergolong dalam 4% ibu hamil yang mengalami varicose vein.
Kalau dipikir memang stress tapi buat rilek je.
Rilek2 lagi 69 hari je lagi.

Hasil pencarian kat gugel, katanya masalah ini wujud kerana plasenta dan uterus menekan salur darah. Tekanan yang diterima menyebabkan darah sukar kembali ke jantung.
Bahagian badan yang ada varicose vein ni membengkak.
Bukan setakat bengkak kadang-kadang tu gatal.
Bayangkanlah betapa sakitnya..huhuhu...

Yang paling takut,
semasa proses meneran mungkin akan berlaku pendarahan yang banyak akibat varicose vein ni..
Nauzubillah..
Semoga Allah permudahkan segalanya.

Aku pegang kata-kata mak mertua,
Dia selalu bagi semangat,
Dia cakap "Bersalin ni jihad, satu pengorbanan, pahala yang tak terkira"...
Sebab tu aku bersemangat.

Demimu anak ibu sabar.....
Kalau awak baca nanti harap insafla ye..hehe.
Jangan menderhaka kat ibu..


Monday 19 May 2014

Berkelah di Pantai Melawi

Cuti Hari Wesak selasa lepas kita guna sebaik-baiknya.
Dari tido terperap je kat rumah aku plan nak berkelah kat tepi pantai.
Aku pilih Pantai Melawi.
Kenapa Melawi?
Entah, maybe sebab org cakap kat sini banyak pokok2.
Maklumlah sekarang musim panas, kalau berkelah kat pantai yg kurang teduh macam xsesuai je.

Kali ini sempena hari ibu aku ajak mertua dan ipar sekali.
Biasala nak jadi menantu kesayangan kena pandai ambik hati..kannn.....hihihi


Peserta yang paling teruja.


Beberapa minit selepas sampai ke destinasi.
Ditimpa kemalangan.
Tanda kenang-kenangan Pantai Melawi.
Ni sampai tua pn boleh ingat kalau tengok parut nanti.


Tapi masih happy walau kesakitan.
Keterujaan tu mengatasi segalanya.


Bersama sepupu sepapat.
 

Sedang menjamu selera.
Menu hari tu, ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar, bihun goreng kampung, dan kuih muih.
Kenyang tak terkira..
Semua ibu mertuaku yg buat..haha..
Kami hanya bukak mulut ngap sajo..
Bertuah sungguh menantumu ini..


Pembakar-pembakar yang xjemu membakar,
sukala tu sambil membakar sambil ngap dalam mulut..
Macam i tak tahu..


Hubby Al Wady bersama adik dan kakak kesayangan.
Aku plak xde mood plak nak bergambar sejak kembang semangkuk ni. Tunggu slim dululah ek..hehe





Seronok bukan main.
Maklumlah diberi pelepasan main pasir.
Kalau pasir kat rumah tu jangan harap aku nak bagi.

Baba pun tumpang sekaki.
Walau sehari tapi puas sangat sekali sekala dapat ber 'outdoor' macam ni bersama family.
Kalau dapat bermalam ni comfom lagi best.
Itu saja cerita berkelah di Pantai Melawi..
Bye....

Saturday 17 May 2014

McDonald's Hello Kitty Circus of Live Campaign

CPUV ke 2 untuk bulan Mei.
McDonald's Hello Kitty Circus Of Live.
Thank you nuffnang, semoga makin byk CPUV melekat kat blog I yg xseberapa ni.


Hello Kitty lovers apa tunggu lagi, cepat serbu McDonald's untuk kumpulkan design-design yg comel-comel.


Qaseh minat trapeze tp xde stock plop.
Animal tamer pn bolehla.
Biasela yg kita nk tula yg selalu habis.
Macam nk beli kasut, nk saiz 5 ade saiz 7, nak warna hitam ade warna coklat..kan?
Eh...terbobel plop..hehe..
Tu je nk cite.
Byee...

Friday 16 May 2014

Kemalangan di Hari Wesak

Cuti hari wesak hari tu aku ngan famili mertua berfamili day kat Pantai Melawi.
Hubby kata sambil2 celebrate mother day.
Sedang sibuk2 kami prepare nk pasang khemah nk sedia makanan semua, 
dia pn sibuk panjat sana panjat sini.
Aku xperasan plak ad meja batu.
Sekali terhantuk kepala kat situ.
Darah menitik-nitik....

Ni beberapa minit selepas kejadian.
Terus membenjol.


Hari kedua.
Masih membenjol.
Bertambah kebiruan.


Hari ketiga.
Bengkak dah surut.
Tapi bertambah kebiruan.
Semakin lebam.


Hari ni pon sama.
Masih lebam.
Bertambah satu penyakit lagi, sembelit plak.
Mata pn xsetel lg tambah penyakit baru.
Mujur xsampai due lg.
Kalau tak terberanak aku.
Baba plak masih dalam wad.
Yg tu pun masih belum setel.
Semoga aku kuat.
Chaiyokkkk....