Monday 31 March 2014

Scan Jantina Baby

Alhamdulillah sikit lagi nak masuk trimester ketiga.
Rasa sekejap je masa berlalu.
Hari ni usia kandungan dah 23 minggu.
Bila dah cecah 20 minggu biasalah, 
keterujaan nak tahu jantina tu tiba-tiba up sket..
Bukan apa senang nanti nak buat preparation.
Nak-nak yang macam aku ni,
kalau shopping barang baby asyik nak ambik yg pink sajo.
Tak pink purple.
Kalau baby boy kan kesian dia..tak pepasal jambu.
Aku sebenarnya tak kisah, girl pun ok.
Ramai sket geng aku nanti.hehe..

Masa Qaseh aku scan dekat Klinik Balqis, Kota Bharu.
Kali ni nak try dekat Klinik An-Nur Kubang Kerian.
Ini suggestion member2 yang dah penah scan kat sinila.
Aku scan 2D saje.
Aku tak teringin sangat yg 4D semua tu, macam takut je tgk, gambar berkerutu..better 2D kot..haha
2D pom dah nampak,
Timer kasih sudi tunjukkan kemaluan mu itu.

Oleh kerana pengalaman lalu gambar scan kakak Qaseh telah hilang, sangat cuai ibumu ini..huhu
maka ibu membuat keputusan untuk tempek gambarmu dlm blog ibu.
Komfom xhilang dh..hehe.
Dulu masa kakak ibu xde blog. Sian kakak. Tak de gambar masa dalam perut..


Nampak tak jantina ape?
Part yg doc tanda XY..
Aku mula2 tgk pun xpaham.
Maklumlah kita bukan pakar O&G.
Berat masa ni 491g.
119 day to go..
waa lamanya...
Doakan aku sihat2 aje & Selamat melahirkan...

Saturday 22 March 2014

Kenapa kambing golek?

Sumber gugel
Salam sabtu.
Apa aktiviti korang hari ni.
Mesti bizi dengan kenduri kendara kan.
Citer pasal kenduri hari ni aku ade 3 jemputan.
Aku kalau boleh semua nk pegi.
Planning baik punye, tup2 u-turn balik rumah.
Punyalah jammed.

Maaf ye kawan2.
Hubby kita bukanlah penyabar orngnye..huhu.
Dari bertukar menjadi singa baiklah kita balik dengan aman damai..hehe.

Aku nak citer hal kambing sebenarnye...
Ok, masa usia kandungan 2-3 bulan hari tu, aderlah aku terliur kat sekor kambing ni..
Member yg post kt fb invite mjlis akikah ank dia.
Kejam sungguh beliau.
Aku pulak masa tu xdpt mnghadirkan diri.
So, stat dari haritulah aku dk teringat dkt kambing golek tu.
Tapi aku diam jela, xdelah sampai kejutkan hubby dari tidur mlm2 semata2 nk mkn.
Alhamdulillah baby masih reti sabar...haha

Sampailah hari ni masih dok ingat2 lg kambing golek tu.
Yg pelik sblm ni mnala aku makan kambing2 ni.
Konon busuklah ken..
Sekarang rasakan penangan kambing...
Teringat2 beb...
Baru aku tahu macam mana rasa mengidam tu.
Masa anak first xde pn mengidam2 ni.

Ok, bila sampai je rumah aku terus ajak hubby, mcm permintaan terakhirla kan utk harini..hehe
Ajak pegi mjlis akikah ank member.
Yg ni dekat je ngn umh.
So, kita pun pegila.

Cer teka apa yg terhidang atas meja???
Oh, sesungguhnya rezeki terpijak...
Sangat girang perutku,
Akhirnya malam ini tidurku lena.
Terima kasih Ya Allah, terima kasih sahabat..
Terima kasih kasih atas rezekiMu..
Alhamdulillah..


Wednesday 19 March 2014

D.I.Y: Barut Bayi Velcro

Entri ni khas untuk bakal ibu yang ingin belajar menjahit barut bayi berpelekat velcro.
Aku pilih pelekat velcro berdasarkan pengalaman lalu.hehe.
Serik guna yg tali beb..
Velcro senang, zap lekat, kalau guna tali berpeluh nak pakaikan.

Eh, macam pro je nak ajar orang ken.
Xpe ade sikit ilmu kita kongsi yea.
Dapat pahala lagi.
Kalau rasa eeiii lecehnye, nak tempah boleh??
Pon boleh...hehe.. 

First sekali gunting kain.
Aku guna dua lapis.
Bahagian dalam kain cotton putih.
(guna cotton lembut supaya xpanas)
Bahagian luar kain cotton bercorak.

Ukuran panjang dan lebar.


Gunting melengkung bahagian bawah untuk beri ruang bahagian punggung bayi untuk elak dari terkena najis.


Kemudian jahit kain dari bahagian dalam.


Tinggalkan sedikit ruang seperti di bawah untuk menterbalikkan kain.


Pastikan potong bentuk v rapat2 di bahagian melengkung untuk elak kain dari berkerut bila diterbalikkan.


Kemudian terbalikkan kain dari bahagian yg tidak dijahit tadi.


Rapikan bahagian bucu kain dengan menggunakan hujung gunting supaya kelihatan kemas.


Jahit sekeliling bahagian luar kain.


Kemudian jahit pelekat velcro yang telah digunting mengikut ukuran.



Siap.
Senang dan mudah.
Aku buat dua saiz.
Yang kecik utk sebulan ke 2 bulan.
Contoh yg aku tunjuk ni yg kecik.
Kalau korang nak buat yg besar terus tambah ukuran seinci ke 2 inci.
Pandai-pandailah ek..

Selamat mencoba.
Kalau nak tempah sila drop komen plisss......
Hahaha..

Friday 14 March 2014

Resipi Kuih Cara Manis

Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu.
Hari ni sedang bersenang lenang di kampung.
Menu minum petang juga haruslah bertemakan kampung juga.

Kuih cara lemak manis gebu gebas.


Resipi:

1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa
1 biji telur
3 helai daun pandan
Gula pasir sebagai inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:

1. Daun pandan dikisar bersama santan kemudian ditapis.
2. Kemudian kacau bersama santan tadi dengan telur, garam dan gandum hingga sebati.


3. Panaskan acuan dan oleskan minyak dengan menggunakan daun pandan yang dilipat.

4. Tuang adunan ke dalam acuan, biarkan seketika dan masukkan gula sebagai inti.

5. Tutup dengan tudung periuk dan masak sehingga adunan tidak melekat pada acuan.

6. Sedia untuk dihidang.

Thursday 13 March 2014

D.I.Y: Jahitan manik dan labuci

Ni gambar lama dalam phone.
Dari menyemak baik aku tepek kat sini.
Mana tau kalau2 ade yg tgh mencari inspirasi nak jahit baju raya.
Raya kan dah xlama.
Lagi 4 bulan.
Dup dap dup berdebar den nanti cemano nak push baby...
Korang sonokla bleh makan ketupat rendang, aku ntah2 dalam labour room masa tu..sobs..sobs...


Ok.. ni antara jahitan bunga labuci yg paling senang & paling sesuai utk org yg pemalas tp nk nmpk vogue mcm aku.Hehe..
Serius senang...sambil baring je blh buat.



Yang ni kat dada.



walaupun nampak huru hara di situ.
Ade aku kesah...hehe...

Tuesday 11 March 2014

Sonotron Theraphy

Alhamdulillah hari ni ade mood sket nak update blog.
Sedeh sungguh tengok blog ni.
Aku yang menengok pun sedeh, 
ini kan pula orang yang nak berkunjung..hehe..

Aku nak share sonotron theraphy yang aku cuba kat Qaseh.
Sonotron ni adalah sejenis rawatan yang mengeluarkan pancaran discaj korona dari frekuensi radio yang rendah.
(ceh rasa macam doktor plop)...

Penyakit yang boleh dirawat dengan sonotron:

1. Kayap
2. Hemotoma/Bengkak
3. Kecederaan selepas bersukan
4. Masalah pernafasan pada kanak-kanak/Kahak
5. Bronchitis
6. Sakit pinggang
7. Lelah/Asthma
8. Gastrik
9. Jerawat
10. Resdung/Seduan
11. Gout
12. Sakit Otot

Aku try sonotron sebab Qaseh ade sikit2 simptom2 macam asthma.
Tak teruk sangat tapi bila demam selsema comfomla pakej sekali dengan lelah.

Aku yang menengok pun rasa kesian plus xcukup tido time dia kena lelah.
Memang kalau budak lelah ni dia tak dapat tidur lena.
Macam pernafasan dia terganggula.

So, kaedah sonotron ni doktor cakap dapat mencairkan kahak yang ada dekat paru2.
Rasa dia macam kita guna hair dryer je.
Keluar haba suam-suam gitu.
Kalau lelah alat tu dia akan lalukan di bahagian dada dan belakang badan.
Kalau sakit pinggang tang pinggang, sakit kaki kat kaki.

Aku buat 3 hari lepas.
Tapi kalau nak mujarab lagi at least kena 3 kali.

Kesimpulan yg boleh disimpulkan lepas buat sonotron ni, alhamdulillah lelah tu dah hilang.
Pastu keluar lendir2 melalui muntah dan najis.
Memang doktor dah inform awal2 la benda ni.
So, aku pun xterkejut sangatla bila tiba-tiba dia muntah berlendir.

Kalau korang yang tinggal area Kota Bharu kalau nak cuba bolehla ke:
Klinik Dr. Ramzi
Jalan Panji (Tepi JPJ Panji)
Tel: 09-7651803

Untuk kanak-kanak masa rawatan 10 minit je.
Bagi dewasa 20 minit.

Harga sekali rawatan kanak-kanak RM20.
Dewasa kalau tak silap la RM35.

*Hanya perkongsian semata-mata, bukan iklan berbayar.