Wednesday 31 October 2012

Adam dan Hawa


Korang rasa best ke citer Adam dan Hawa ni.
Kat ofis semua dok layan je citer ni time xde keje.
Maklumlah kat rumah i xpakai Astro HD...
saya tak mampu (sambil tunduk merenung lantai)..ececehhh...



Harini baru stat tgk sampai episod 5.
Novel dah baca 4thn lepas kot. Rasanya xdelah best sgt.
Yang penting lagu citer ni best la jgk.....demi cinta dalam hatimu.....oooooooo....

(versi kak iti)

Kalau korang yang xde HD kat rumah or ade tapi tak sempat nak tengok 
silalah download cite ni kat pereka cerita pastu layan wooo..

Jangan silap download adam dan hawa yang ni plak..hehee

Adam dan Hawa ni khusus untuk abang dan ahkak saja tau..budak2 main jauh-jauh...Betul tak Kak Tom???

Wednesday 24 October 2012

Cars You May Or May Not Want To Own

Alahai mesti kena drive sambil baring ni.

Ni plak kereta dua alam namanya, kalau nk pi langkawi bole la bawak.

Alala, kalau ada keta macam ni i mesti bawak time pergi joging. kan sesuwei..
masalahnya bila masa i pergi joging??

Scary kot..Taknaklah. Nanti xpasai2 anak nangis 3 hari 3 malam.

Yang ni macam bangunan sedang bergerak.


Kalah Limousin agaknya.


Eksotiknye.

Haha..keta paling kelakar. Berpeluh ketiak ni.

Motip??

Wah sangat efisien??

Yang ni lah paling bekenan..Macam drive dua keta dalam satu masa...kan?









Monday 22 October 2012

Demam Bola


Pertama sekali tahniah pada 'The Red Warrior' yang telah berjaya merangkul kejuaraan treble musim ni.
Kenapa treble? sebabnya semua piala dah dirembat.


Yang positifnya:

Semua rakyat kelate tak kira di mana berada bersatu hati,bersatu suara dan duduk bersama2 tak kira di stadium dan juga di depe2 tv untuk memberi sokongan.

Kalau kereta rosak di Bukit Tujuh otw nak pergi or balik dari stadium pun jangan risau Insyallah ramai membantu.Why??
semuanya kerana semangat 'The Red Warrior'!!!
Kalau bukan musim bola??Sori i xkenal u..Bye!!

Sedara2 area Selangor dan KL yang dah lama xziarah pun akan diziariahi bila bertandang ke stadium..
"Em...tumpang tido bolehh....Heppp!!!Ini betul2..hehe..

Isteri yang ditinggalkan suami yang telah ke stadium dengan semangatnya boleh belajar berdikari semasa ketiadaan suami. 
Kenapa berdikari? 
Sebabnya drive pergi kerja sorang2, anta anak sorang2, tidur sorang2, pergi beli susu anak sorang2...(Sayalah tu)...see barulah boleh berdikari.

Yang paling best jalanraya sekitar Kota Bharu soooo lengang...boleh main u-turn sesuka hati lagi...

Yang Negatifnya:

Bila perlawanan dah tamat apa yang kita dapat lihat di Facebook terutamanya, kutukan, cacian dan banyak kata-kata yang kurang enak dari penyokong pihak lawan yang rata-rata tak puas hati..

Why???
Ibarat rumah siap pahat berbunyi pula..(berhantu ker)..
Bukankah sukan adalah satu cabang perpaduan??
Kalau Harimau Malaya vs Vietnam boleh pula seluruh rakyat Malaysia duduk bersama2 bersorak riang...
Heran betol...!!Tolonglah marilah kita sama2 bersatu!!!Ceh tetiba semangat..
1 Malaysia!!!!!!

Lagu bola hok paling ambo minat..


Lirik Dikir Warriors – Legasi Mat Che Su

Zaman mat che su
Main bola tu hebat sengoti
Loni team baru
Tengok gayo tu koho jadi

Hari ni di surat koba
Dale tibi dok kecek belako
Di bawah naungan kafa
Kelate meney banyak piala

Jurulatih pandai ngatur
Strategi luar biasa
Formasi hok kito susun
Gu lawe pun tok leh baco

Bilo shakir pegey bola
Buleh control di atas padey
Choh thru ball ko pia
Lepah patoh kaki koho neley

Gu lawe nok masuk rapat
Subra rilek jah tehey
Jange dey daudsu ambak
Buleh bola piung dio tendey

Nok senyum tu jare-jare
Abih gu lawe takut mat yo
Di kaki supo ado gam
Olek bola pah ko dale gol

Peminat hok ramai skali
Khairul fahmi ni kelah model
Walau banyok kontroversi
Tetap hebat di atas padey

Berito bola kelate
Kelate.net lah tempat dio
Walau dok di England
Skali pecek bruh tubek blako

Wednesday 17 October 2012

Monday 15 October 2012

Pusaran dua degil?



Betul ke kalau budak berpusaran dua ni degil?
Rasanya dh lebih sepuluh kali kalau jumpa orang lama @ orang-orang tua semua cakap 
"pusaran dua budak ni...emmmm"......pastu senyum macam besh je..
Padahal dh tau dorang nk cakap ape tapi saje tnya kenapa mak encik?
Degil!!dushhh....sesedap hati je kan.boleh percaya ker?

Semua kaum pulak tu percaya budak berpusaran dua ni degil.
Pertama kaum India iaitu Aci jiran i..Dia pun cakap benda yg sama.
Kedua masa pergi klinik aritu ada Auntie Cina yg duduk sebelah pom cakap macam tu.
Ketiga ofkos la Org Melayu memang percaya benda ni.

Tapi sebagai ibu kepada budak yang berpusaran dua ni, 
aku tak nak percaya dan tak mahu percaya LANGSUNG!!! paham...hehehe...
aku tolak kepecayaan ini dengan mengatakan tak semestinya budak berpusaran dua ni degil..
berpusaran satu, or tak de pusaran langsung pun degil jgk..kann???
Tolonglah anggukkan kepala. Bagi sokongan moral sikit..hehhh...

Setakat ni beliau pun masih belum tunjukkan ape2 perangai degil. 
Harap-harap sampai besarlah.
Pastu bolehlah i simpulkan bahawa budak berpusaran dua ni degil adalah TAK BENAR...

Tuesday 9 October 2012

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut

Pernah dengar penyakit ni biasa lembu je kena kan?
Tak tahu plak manusia pun boleh dapat.



Macam ni lah lebih kurang dia punya bintik2 merah kat tangan Qaseh....
Mulanya ingat chicken pox je. Bila bawak g klinik doktor cakap HFM.
Bengong mula2  dengar sebab macam nama stesen radio jer..macam Hot FM jer..kuikui
Rupanya HFM stand for Hand Foot and Mouth Disease atau bila di malay kan jadik penyakit kaki tangan dan mulut.

Persoalannya:

1. Bahaya ke?
2. Macam mana boleh kena? Dari lembukah?
3. Cane nak rawat penyakit ni?

Doc kata tak merbahaya cuma cepat merebak dan berjangkit.
Boleh berjangkit melalui rantaian najis ke mulut atau sentuhan kulit dan juga air liur...
Lepas tu doc bagi sejenis cream untuk disapu.

Sekarang alhamdulillah dah sembuh.
3 hari je sapu ubat tu dan kesannya wow...hehe
Semalam masa ambik Qaseh dari rumah babysitter,
macam biasa salam dgn 2 org lagi budak yg stay kat situ..
dan


oooomaiiigoddd...


Tengok salah sorang dari mereka ade byk tanda2 HFM kat tgn.
Utk kepastian tnya mama a.k.a BS bila lagi dorang ade tanda2 ni?
Jawabnya dah seminggu..

Maknanye??????????
Eiiiiiiiiii.................Hadoiii ingat anak kita bagi dorang virus..... rupanye....dushhhhhh!!!
Kenapalah mak ayah dorang xbawak pegi klinik awal2... :(

Pesanan saya kalau ada anak-anak anda dijangkiti HFM cepat-cepatlah bawa pi klinik sebelum merebak ke seluruh badan. Nanti lambat sembuh.


Monday 8 October 2012

Song Hye Kyo


Kalau ada yang tanya, nak kulit cantik macam saper?

Tentunya....

Macam ni!!!!!


Senyum macam saper??

Ini!!


Manja??



Gigi?



Handphone?? nak jugak sama..


bibir mungil??


muka kiut??


senyum semewek??


vogeh??


semualah...nak macam song hye kyo...waaa jelesnyeeee.......






Monday 1 October 2012

Ku Petik Dosa (ASK 2012)





Layan citer ni malam tadi sampai mengalir air mata...
Tambah-tambah anak si Fasha dalam citer ni pun nama sama ngan anak eden.huhu...touching giler..
Bezanya cuma mak Qaseh dalam citer ni cun lagi dari i yang xseberapa ni..hehe..

Citernye macam ni......



Aina dan Haris berkahwin di usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Qaseh. Qaseh menjadi anak yang lincah dan manja malah disenangi oleh jiran-jiran termasuklah Kak Sal sekeluarga. Namun apabila usia Qaseh meningkat, Aina dan Haris tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan Qaseh pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Aina mengambil keputusan untuk kembali berkerja. Mujur mereka mempunyai jiran yang baik. Setelah mendapat persetujuan dari suaminya, Khalid, Kak Sal mula mengasuh Qaseh. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk berkerja siang dan malam.



Malang tak berbau Khalid diberhentikan kerja dan mula cepat naik angin apabila Kak Sal selalu berleter suruh dia cari kerja. Hubungan mereka menjadi dingin. Kak Sal membuat kerja sampingan menjual kuih muih. Qaseh kini lebih rapat dengan Khalid. Khalid memanjakan Qaseh hingga Qaseh nak ditidurkan dan dimandikan oleh Khalid. Namun Khalid terlalu mengikut nafsunya sehingga sanggup menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Sehingga satu hari Kak Sal ternampak Khalid dalam keadaan yang mencurigakan ketika menidurkan Nia. Khalid cuba menafikan perkara itu tetapi Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa. Aina dan Haris ternampak kesan lebam yang terdapat pada Qaseh namun Kak Sal memberitahu dia terjatuh, alasan biasa untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Kini, Aina disahkan mengandung anak kedua. Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam malah cepat mencebik seolah dirinya menahan kesakitan yang amat sangat. Perubahan Qaseh itu pada anggapan Aina dan Haris kerana merasakan dirinya tidak disayangi... Selalu bila ibunya mengandung kononnya anak akan membawa diri dan mudah merajuk. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga Qaseh selalu demam dan selalu menjerit dalam tidurnya. Satu hari Qaseh merengek-rengek, muntah darah dan pengsan. Panik dengan keadaan tersebut Aina yang kebetulan cuti ketika itu membawa Qaseh ke hospital.

Sementara Kak Sal dan Khalid dalam ketakutan kerana perbuatan mereka. Menyesal sekarang tiada gunanya. Khalid menyalahkan Kak Sal yang pentingkan duit dari dirinya. Qaseh disahkan didera dan dirogol. Aina separuh pengsan apabila berdepan dengan Kak Sal. Aina juga diberitahu tentang banyak pendarahan di dalam tubuh Qaseh. Qaseh masih tidak sedarkan diri. Kak Sal dan Khalid ditangkap untuk disoal siasat. Kak Sal pada mulanya tidak mengaku menuduh suaminya yang melakukan perkara tersebut hingga tahap sanggup merogol Qaseh. Qaseh sempat membuka mata dan melihat kali terakhir kedua ibu bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya disisi ibu dan ayahnya. Aina terlalu sedih kerana Qaseh meninggalkannya dengan seribu kesakitan yang ditanggung. Aina dan Harris rasa bersalah yang amat sangat kerana gagal menjalankan tanggungjawab terhadap anugerah Allah untuk mereka..


Part yang paling sedih time Qaseh merengek sakit masa kena rape dengan si Pak Khalid...
Memang jadiklah Zaidi Omar ni buat muka perogol..huhu.
Tak macam drama lain yang ending ada lagu tema tapi citer ni terbaik sebab endingnya diselitkan dengan suara orang tengah tersiksa menerima hukuman sebat...
Memang insaf habis.
 Pengajaran  yang ingin diterapkan ialah sebagai ibubapa kita patut menjalankan tanggungjawab kita terhadap anak dan tidak terlalu mengejar harta dunia semata-mata, nanti menyesal tiada guna'.....

Nauzubillah mintak jauh jadik kat anak cucu kita.
Mari kita amalkan doa ini selepas solat.
InsyaAllah, semoga Allah memakbulkannya..

Doa mengelak dirogol untuk diri sendiri:
Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Doa mengelakkan anak dari dirogol:

Maksudnya : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.



Aminnn.....